Eric Cantona: ‘Man. United Patut Lantik Guardiola, Bukannya Mourinho’

Legenda Manchester United, Eric Cantona mungkin membuatkan ramai penyokong Manchester United panas hati selepas ini.

Bercakap kepada radio BBC, beliau mempertikaikan di mana logiknya pasukan seperti Manchester United melantik seorang pengurus yang gemarkan pendekatan bertahan seperti Jose Mourinho.

Cantona juga menjelaskan yang beliau menghormati dan kagum dengan Jose Mourinho tetapi untuk mengendalikan pasukan seperti Manchester United, Cantona lebih berminat jika Guardiola adalah pengurusnya.

Cantona yang bermain untuk United selama 5 musim daripada 1992 sehingga 1997 dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah Manchester United.

“Tidak dapat dinafikan, Jose Mourinho adalah seorang pemenang yang akan terus menang. Namun cara dia bermain adalah cara bertahan. Itu tidak sesuai untuk kelab seperti Manchester United.”

“Guardiola dan Mourinho, kedua-duanya pengurus yang hebat. Tetapi saya gemarkan bola sepak menyerang, dan lebih kreatif. Itulah yang saya cuba mainkan sepanjang karier saya.”

(Photo credit should read GERRY PENNY/AFP/Getty Images)

“Saya tak faham kenapa Manchester United melantik pengurus yang menggunakan pendekatan bertahan? Saya sukakan Mourinho tetapi buat masa ini saya memilih untuk menyaksikan bola sepak gaya Barcelona.”

“Saya lebih memilih corak permainan Guardiola dan lebih memilih beliau sebagai pengurus Manchester United, itu lebih masuk akal.”

“Tapi sekarang, saya tidak menonton Guardiola dan Manchester City kerana itu adalah Manchester City. Cuma saya katakan saya sukakan cara Guardiola menguruskan pasukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN