Messi Kembali Berlatih, Ronaldo Tak Bercuti Menjelang El Clasico

Tiada apa yang menggembirakan peminat Barcelona, Real Madrid dan penyokong neutral selain melihat kelibat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam pertemuan El Clasico.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan kecederaan lutut Messi akan membuatkan beliau akan terlepas El Clasico pada Ahad nanti (22 November 2015).

Tetapi laporan daripada laman web rasmi Barcelona mengesahkan kehadiran Messi di sesi latihan pertama sejak 44 hari lepas.

messi-kembali-1

Turut hadir dalam sesi latihan tersebut adalah Ivan Rakitic yang baru pulih daripada kecederaan peha dan Marc André ter Stegen yang pulih daripada pembedahan gigi.

Sementara itu, bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo berlatih secara bersendirian selepas rayuan Real Madrid untuk melepaskan Ronaldo daripada tugas skuad kebangsaan Portugal berjaya.

Walaupun dilepaskna daripada tugas antarabangsa, Ronaldo tidak duduk melepak. Sebaliknya beliau berlatih di kompleks latihan Real Madrid sebagai persediaan El Clasico pada hujung minggu ini.

Baca juga: 6 Penyerang Hebat Yang Pernah Berpasangan Dengan Raul Gonzalez Di Real Madrid

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN