Lionel Messi mengatakan beliau dan rakan-rakannya pastinya mengambil sedikit masa untuk menelan kekalahan di tangan Colombia. Ianya jelas sekali bukan kekalahan yang mudah untuk diterima.
Argentina yang diletakkan sebagai pasukan pilihan, tewas 0-2 di tangan pasukan Colombia dalam perlawanan pembukaan Copa America 2019 yang agak agresif. Argentina jelas sekali tidak mampu untuk bersaing secara lebih fizikal.
Seperti biasa kapten pasukan Argentina iaitu Lionel Messi pastinya akan menjadi perhatian dunia.
Lionel Messi masih lagi memburu kejohanan major yang pertama bersama skuad kebangsaan. Pemenang ballon d’or lima kali itu jelas kecewa dengan permulaan kurang meyakinkan Argentina dalam edisi kali ini.
Messi berkata: “Kekalahan hari ini memerlukan kami sedikit masa untuk menelannya. Dan kami harus mencari perkara yang positif di sebalik kekalahan ini.”
“Kamu juga perlu mengambil tauladan dan pelajaran daripada kesilapan-kesilapan yang kami lakukan dalam perlawanan ini.”
Lionel Messi mengakui mereka tidak bermain baik dalam perlawanan tersebut. Dan yakin mereka mampu tampil lebih baik selepas ini sekaligus mara ke pusingan kalah mati.
“Kita harus memikirkan langkah seterusnya. Peluang untuk mara ke pusingan kalah mati masih lagi terbuka,” tambah Messi lagi.