Gagal Menang Rayuan, Messi Tetap Dihukum Penjara 21 Bulan

Pemain Barcelona, Lionel Messi nampaknya terpaksa menjalani hukuman yang telah dikenakan terhadap beliau.

Beliau akan menjalani hukuman penjara 21 bulan atas kesalahan menipu cukai dan juga kegagalan dalam membayar hak imej dari tahun 2007 hingga 2009.

Kesalahan yang dilakukan bersama bapanya itu menyaksikan beliau tidak membayar €14.2 juta bagi kedua-dua kesalahan yang dilakukan.

Selain hukuman penjara, Messi dan ayahnya dihukum denda masing-masing €2 juta dan €1.5 juta.

Hukuman dikurangkan

Messi bagaimana pun telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Sepanyol mengenai hukuman yang diberikan terhadap beliau.

Namun begitu, pihak mahkamah telah menolak untuk mempertimbangkan rayuan pemain tersebut.

Akan tetapi, hukuman penjara yang diberikan kepada bapa Messi itu telah dikurangkan kepada 15 bulan selepas Messi telah membantu untuk membayar sebahagian daripada jumlah €14.2 juta itu.

Namun begitu, Messi dan ayahnya tidak akan menjalani kehidupan disebalik tirai besi diatas kesalahan ini.

Hal ini kerana di Sepanyol, hukuman penjara yang dibawah 24 bulan tanpa ada kesalahan lampau membolehkan pesalah untuk tidak menjalani hukuman tersebut.

Akan tetapi ia bergantung kepada budi bicara pihak mahkamah.

Messi ketika perbicaraan menyatakan yang hidupnya hanyalah untuk bola sepak.

Beliau juga menyatakan yang beliau tidak punya masa untuk menipu.

“Saya mendedikasikan hidup saya untuk bola sepak.”

“Seluruh hidup saya, saya dedikasikan untuk bola sepak. Tidak terlintas di fikiran saya untuk lakukan penipuan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN