AS Monaco Tandatangan ‘Wonderkid’ Belgium Youri Tielemans

Musim ini ramai pemain-pemain muda yang menyerlah bersama pasukan mereka.

Salah seorangnya adalah Youri Tielemans.

Mungkin orang ramai lebih memandang kepada Kylian M’bappe yang berjaya bersama AS Monaco musim ini, namun kelibat Tielemans juga tak boleh dipinggirkan.

Beliau merupakan pemain muda yang cukup berpotensi ketika ini, pemain yang mempunyai kekuatan di kedua-dua belah kakinya itu telah menjaringkan gol yang banyak untuk kelabnya musim ini – Anderlacht.

Hasilnya, beliau telah memperoleh perhatian dari pelbagai kelab-kelab utama dari seluruh Eropah.

Antaranya adalah AS Monaco dan juga Manchester United.

Namun begitu, Tielemans telah pun membuat keputusan untuk berhijrah dari Belgium dengan memilih untuk menyertai AS Monaco.

Pemain berusia 20 tahun itu telah bersetuju untuk menyertai kelab Perancis itu dengan nilai perpindahan sebanyak €25 juta.

Kontrak yang dipersetujui beliau adalah selama 4 tahun.

Tielemans menolak tawaran ke Manchester United dengan alasan “mahu menstabilkan karier terlebih dahulu sebelum menyertai kelab yang lebih besar”.

Kami tak sabar menantikan gandingan beliau bersama M’bappe dan juga Radamel Falcao.

Selamat datang ke AS Monaco, Your Tielemans!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN