Messi Dedah Neymar Menyesal Tinggalkan Barcelona

Lionel Messi mendedahkan Neymar kini semakin bersemangat untuk merealisasikan perpindahan kembali ke Barcelona dan percaya bintang Brazil itu mempunyai kemampuan untuk membantu kelab Catalan itu untuk menjuarai kembali Liga Juara-Juara Eropah.

Sebelum ini Barcelona pernah berusaha untuk memancing kembali bekas pemain itu dari Paris Saint-Germain. Namun kedua-dua buah kelab gagal mencapai persetujuan yuran perpindahan untuk ianya berlaku.

Namun Messi mengesahkan Neymar kini mahu perpindahan tersebut direalisasikan.

“Beliau [Neymar] amat teruja untuk kembali, dan Neymar sentiasa meluahkan kekesalan dengan apa yang pernah berlaku,” kata Messi ketika bercakap kepada Mundo Deportivo.

“Neymar telah melakukan banyak perkara untuk beliau kembali, dan itu adalah langkah permulaan untuk kembali ke sini.

“Neymar sentiasa adalah seoang pemain berkualiti tinggi dan berlainan dari pemain lain. Beliau sukar dijangka, berani berhadapan lawan dan menjaringkan banyak gol.

“Dari segi kesukanan, Neymar adalah salah seorang pemain terbaik dunia dan sudah tentu saya mahu beliau kembali.”

Sebelum berpindah ke PSG dengan nilai rekod dunia beberapa tahun lalu, Neymar membentuk trio serangan menakjubkan bersama Messi dan Luis Suarez.

Gandingan tersebut kekal selama tiga musim dan turut membantu Barcelona menjuarai treble pada 2015.

Perpindahan Neymar dengan nilai rekod dunia berjumlah €222 juta ke Ligue 1 membuatkan ramai penyokong Barcelona marah.

“Ia adalah normal penyokong marah disebabkan cara Neymar pergi. Saya sendiri kecewa pada ketika itu dan pernah menasihatkan beliau untuk kekal,” tambah Messi.

“Tetapi akhirnya kita semua hanya mahukan kemenangan, dan mahukan pemain terbaik di kelab ini. Begitu juga dengan penyokong. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Neymar adalah salah seorang pemain terbaik dunia dan boleh menyumbang banyak untuk pasukan.

Komen oleh Messi ini tiba selepas beberapa hari Neymar mengeluarkan kenyataan mengkritik PSG yang seperti sengaja melewatkan penampilan semula pemain itu selepas kecederaan.

Neymar berpendapat beliau mampu beraksi lebih berkesan jika memiliki fizikal dan ketajaman yang lebih baik dalam kekalahan 2-1 kepada Borussia Dortmund baru-baru ini.

Bintang Brazil itu turut mepunyai hubungan tegang dengan Pengarah Sukan PSH, Leonardo selepas kritikan terhadap parti hari jadi yang dianjurkan oleh pemain itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN