Lionel Messi dan Barcelona dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama, untuk penyerang Argentina itu kekal di Nou Camp untuk tempoh dua tahun lagi.
Masa depan pemenang augerah Ballon d’Or sebanyak enam kali itu menjadi tanda tanya apabola kontrak asal pemain itu akan tamat dalam tempoh dua hari lagi.
Namun Messi dan kelab yang berpengkalan di Catalan itu dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk terus bersama sehingga Jun 2023. Laporan tersebut dilaporkan oleh wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano dan Marca.
Lionel Messi’s contract extension with Barcelona is finally coming. 🇦🇷
Barça board and Messi’s camp feel now ‘confident’ to officially announce the agreement until June 2023 next week.
Both parties involved are working to fix ‘final details’ on contract clauses. ⏳ pic.twitter.com/dZ0zIsGeB3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 27, 2021
Masa depan Messi menjadi tumpuan ramai sejak beliau menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Barcelona sejak musim panas lalu. Malah pemain itu telah menyerahkan surat permohonan untuk dilepaskan, yang dihantar melalui fax, namun ditolak oleh Barcelona.
Barcelona sendiri turut terkesan dengan masalah kewangan disebabkan pandemik yang melanda, walaupun beberapa muka baharu telah diumumkan bakal perkuatkan cabaran pasukan itu pada musim depan.
Bekas penyerang Manchester City, Sergio Aguero; penyerang Lyon, Memphis Depay; dan pemain pertahanan Eric Garcia adalah antara pemain yang telah didatangkan secara percuma setakat ini.
Selain itu, Barcelona turut telah mengaktifkan klausa perpindahan bintang Real Betis, Emerson Royal pada nilai £7.8 juta.
Lionel Messi's new Barcelona contract will be officially announced next week. His new deal will run until June 2023. (Source: @FabrizioRomano) pic.twitter.com/WboDHmWAFf
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 27, 2021
Untuk menyeimbangkan kewangan mereka, Barcelona terpaksa mengurangkan perbelanjaan £170 juta yang digunakan untuk membayar gaji pemain jika mahu mengekalkan Messi.
Untu itu nama-nama seperti Philippe Coutinho dan Miralem Pjanic adalah antara pemain yang akan meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan musim panas ini.
Musim 2020/21 adalah musim yang sukar buat Messi dan Barcelona selepas pelantikan Ronald Koeman sebagai pengurus pada musim panas lalu.
Koeman sendiri seperti di dalam dilema selepas pemain bintangnya sentiasa dikaitkan akan meninggalkan kelab itu sepanjang musim, dan hanya kekal bersama mereka disebabkan klausa perpindahan £625 juta yang tidak mampu dipenuhi oleh kelab-kelab lain.
🇦🇷 Leo #Messi equals @Mascherano’s all-time record of 147 caps for @Argentina and 𝘓𝘢 𝘈𝘭𝘣𝘪𝘤𝘦𝘭𝘦𝘴𝘵𝘦 are through to the quarterfinals! #CopaAmerica2021 💪🟦🟥 pic.twitter.com/rTF3ietmAy
— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 22, 2021
Pada Disember lalu kelab Catalan itu ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Atletico Madrid. Walaupun turut mempunyai masalah di peringkat dalaman khususnya di peringkat pengurusan tertinggi, Koeman berjaya membawa Barcelona menamatkan saingan La Liga di kedudukan ketiga, di belakang juara Atletico dan seteru utama Real Madrid.
Joan Laporta yang merupakan salah seorang sahabat Messi kemudiannya dilantik sebagai presiden pada Mac, dan Koeman kemudiannya membawa Barcelona menjuarai Copa del Rey.
Namun demikian Barcelona disingkirkan oleh PSG di pertandingan Champions League, sesuatu yang kelab Catalan itu mahu perbaiki selepas dimalukan oleh Bayern Munich pada musim sebelumnya.
Messi telah dikaitkan dengan perpindahan ke PSG dan City, kini sibuk dengan tugasan antarabangsa bersama Argentina di pertandingan Copa America. Messi baru sahaja menyamai rekod Javier Mascherano yang merupakan pemain Argentina dengan penampilan terbanyak (147 penampilan) pada minggu lalu.
Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Senarai Kereta Mewah Dibeli Messi Sejak Beraksi Bersama Barcelona