Liridon Krasniqi Bersyukur Dapat Jadi Pemain Harimau Malaya

Liridon Krasniqi

Pemain baharu skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi mungkin mengambil sedikit masa tetapi beliau akhirnya menzahirkan perasaannya dapat mewakili Harimau Malaya.

Beliau yang menjadi pemain naturalisasi mengatakan betapa syukurnya dapat mewakili Malaysia yang dianggap sebagai negara yang cukup cantik dimatanya.

Menerusi laman Facebook beliau, Liridon mengatakan ianya adalah satu impian yang akhirnya terlaksana selepas begitu lama mengidamkannya.

“Kepada seluruh [rakyat] Malaysia, terima kasih diatas peluang untuk mewakili negara yang indah ini.”

“Sudah menjadi impian saya sejak tiba di sini dan saya cukup bersyukur dapat ke padang bersama-sama rakan sepasukan.”

Penampilan awal Liridon bersama-sama skuad kebangsaan jelas sekali tidak seperti yang diharapkan, namun bekas pemain Kedah ini tidak putus harapan lagi.

“Sayangnya keputusan [yang diharapkan] tidak menjelma, tetapi saya percaya dengan pasukan dan pengurusan untuk membawa kami pergi lagi jauh.”

“Saya tidak sabar untuk menyaksikan apa yang akan terjadi di masa hadapan.”

Di akhir hantaran Facebook beliau, Liridon turut berterima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya sambil mengatakan yang semua kasih sayang dan kebencian yang diterimanya hanya membuatkan pemain itu semakin kuat.

Jangan lupa baca artikel terkini kami:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Kecewa Hampa Kerana Tersingkir, Ronaldo Lempar Lilitan Lengan Kapten

Euro 2020: De Ligt Mohon Maaf, Akui Kesilapannya Punca Belanda Tersingkir

Leave a Reply