Mesir Elak Terlalu Bergantung Pada Mohamed Salah

Skuad Piala Dunia Mesir sedang mencari jalan agar tidak terlalu bergantung pada bintang Liverpool, Mohamed Salah untuk aksi Piala Dunia di Russia menurut ketua jurulatihnya, Hector Cuper.

Hal ini kerana Salah dibimbangi tidak sempat cergas selepas pulih daripada kecederaan dan skuad itu mahu memikirkan strategi baharu tanpa kelibat Salah.

Kecederaan di bahu Mohammed Salah memberi kesan kepada Mesir. (Photo by VI Images via Getty Images)

Salah ketika ini dalam proses pemulihan susulan kecederaan ligamen bahu yang dialaminya ketika final Liga Juara-Juara bulan lalu yang menyaksikan Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid.

“Kami berharap kami tidak terlalu terganggu, kami cuba untuk menjadi pasukan yang sama, kami tidak boleh bergantung kepada seorang pemain saja,” kata Cuper memetik kenyataannya kepada Sky Sport.

“Dia (Salah) penting tetapi jika dia tidak cergas tepat pada masanya, kami akan bersedia dengan pemain lain.

“Ini adalah bola sepak, perkara seperti ini boleh berlaku terhadap mana-mana pemain. Kami boleh meletakkannya di bangku simpanan tetapi kami berharap ia tidak menjadi seperti itu.” jelasnya.

Barisan pemain Mesir ketika diperkuatkan oleh Mohammed Salah (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Salah berada dalam senarai 23 pemain Mesir dengan staf perubatan pasukan berkata, mereka akan berusaha untuk memastikan bintang itu bersedia bagi aksi Kumpulan A menentang Uruguay di Ekaterinburg pada 15 Jun.

“Salah berada di tahap pemulihan bukan saja untuk rawatan di bahunya,” kata Cuper.

“Kami perlu meningkatkan penampilan dan juga tahap kecergasannya kerana kecederaannya menghalangnya daripada berlatih seperti pemain normal.

“Tetapi kami memperoleh berita yang amat baik daripada doktor kami, kami berharap dia akan bersama kami sebelum menentang Uruguay. Kami optimis dan sedang menunggunya.”

Salah, yang meledak 44 gol dalam musim pertamanya bersama Liverpool dinamakan Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan bulan lalu sekali gus menjadi pemain dari Afrika pertama memenangi anugerah berprestij itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN