21 “Unpopular Opinion” Tentang Bola Sepak Yang Boleh Buatkan Anda Triggered

Sebelum tibanya Facebook, kita sempat membesar dengan zaman Myspace dan Friendster. Melalui kedua-dua platform ini, kita mula memahami yang tidak semua apa yang kita sukai itu disukai oleh orang lain.

Kita mula obses dengan layout kita, muzik yang kita dengar dan paparkan, gambar-gambar yang kita kongsikan dan sebagainya.

Untuk kali pertama dalam hidup, kita membiarkan masyarakat dari dunia digital dari seluruh dunia menilai profil kita dan menyatakan sama ada kita disukai atau tidak.

Malah, kita juga menilai orang lain yang kita tidak kenal secara personal melalui apa yang dipaparkan di laman MySpace mereka.

Semua orang mempunyai pendapat yang berbeza. Dan tidak semua pendapat itu popular dan boleh diterima oleh semua orang dengan baik.

Ada yang kelakar, ada yang mampu membuatkan anda “triggered“, dan tak kurang juga yang agak kontroversial.

Baru-baru ini kami meminta pengikut kami di Twitter SemuanyaBOLA (@mysemuanyabola) untuk memberikan pendapat tidak popular mereka.

Balasan dari mereka tidak mengecewakan. Seperti yang dijanjikan, inilah 21 pandangan yang tidak popular dari pembaca kami di Twitter mengenai bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Nikmatilah!

1. EPL = Glorified Malaysian Super League

2. Lagu terbaik World Cup.

https://twitter.com/Syamilalias09/status/1003907055785144320

3. LVG > Jose Mourinho

https://twitter.com/cheryna27/status/1003676827825537024

4. Tiada lagi pasukan negeri

https://twitter.com/kxmbxng/status/1003676847387758592

5. Liga M = Liga Sarkis

6. Keadilan untuk pemain import

7. King Henry sebagai pemain terbaik 2003

8. Teori ‘fizikal orang kita’ yang bodoh

https://twitter.com/nuraliffyazid/status/1003682741328609281

9. Ini bukan soal bola sepak, ini soal akidah!

10. Tukar pengulas TV dengan pengulas TV realiti.

11. Hapuskan pemain import!

https://twitter.com/bearsejuk/status/1003675388701102080

12. Kemana hala tuju selepas NFDP?

13. Gareth Bale > Cristiano Ronaldo

14. Peter Schmeichel > De Gea > Van der Sar

15. JDT ‘beli dan bunuh’ – #Triggered

16. Cristiano Ronaldo tak power mana pun

17. Perempuan dan bola = Ronaldo

18. Tiada import = kejayaan

19. Derita seorang penjaga gol

20. JDT = $$$

21. ManUtd dalam zaman gelap. Masih.

Harus diingat bahawa pendapat mereka adalah pendapat dan ia bukan fakta. Mereka mempunyai hak untuk menyatakan pendapat masing-masing.

Anda tidak bersetuju? Itu hak anda kerana kadang kala, pendapat mereka tidaklah salah, namun ia tidak popular kerana kadang kala kebenaran itu pahit dan pandangan setiap manusia itu berbeza.

Pesan kami, berhemahlah dalam berkata-kata kerana bahasa itu jiwa bangsa. Belajarlah menghormati pendapat orang lain dan kebebasan bersuara itu, bukanlah kebebasan untuk anda berkata apa saja benda yang anda suka.

Apakah pendapat tidak popular anda mengenai bola sepak? Kongsikan diruangan komen kami di Facebook.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN