Mesir Dipilih Menjadi Tuan Rumah AFCON 2019

AFCON

Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) telah memutuskan bahawa Mesir dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019.

Pemilihan ini diumumkan di dalam satu mesyuarat khas di Dakar, Senegal.

Undian

Menurut laman Ahram Online, daripada 18 orang Exco CAF, 16 daripadanya mengundi Mesir. Dilaporkan 1 undi itu diberikan kepada Afrika Selatan. Baki 1 lagi tidak mengundi.

Timbul laporan mengenai Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA) tidak diberikan sokongan daripada kerajaan Afrika Selatan untuk menganjurkan AFCON 2019.

Dipercayai itu telah membawa faktor Exco CAF secara majoriti tidak memilih Afrika Selatan. Afrika Selatan pernah menjadi hos bagi Piala Dunia 2010.

Mesir pernah menganjurkan AFCON pada 1959, 1974, 1986 dan 2006. Afrika Selatan pula berpengalaman menjadi tuan rumah pada 1996 dan 2013.

Pemilihan semula

Pemilihan semula tuan rumah AFCON pada 2019 ini disebabkan hak penganjuran itu ditarik balik oleh CAF daripada Cameroon.

Negara tersebut gagal menguruskan perkara berkaitan hal ehwal pertandingan dengan baik. Selain itu, ancaman daripada pengganas bersenjata di sesetengah kawasan di negara tersebut juga menjadi faktor penarikan hak penganjuran tersebut.

CAF mengumumkan hak penganjuran itu ditarik balik pada Disember tahun lalu.

Mara

Mesir memenangi AFCON pada 2010. Sumber: KingFut.com

Mesir mara terlebih awal dalam kempen kelayakan AFCON 2019. Mereka menduduki tangga kedua teratas Kumpulan J dan berada di belakang Tunisia.

Afrika Selatan masih berpeluang mara untuk ke AFCON kerana menduduki tangga kedua dalam Kumpulan E dengan 9 mata. Namun begitu, mereka dikejar oleh Libya yang hanya dibezakan dengan 2 mata.

Pusingan kelayakan kejohanan kali ini dijadualkan berakhir pada Mac 2019. Kejohanan AFCON 2019 bakal menjadi tumpuan disebabkan bilangan pasukan bertanding ditambah menjadi 24 pasukan. Sebelum ini, mereka menggunakan format 16 pasukan.

Mampukah Mesir menambahkan angka dalam kutipan trofi pertandingan ini? Mengikut rekod, Mesir menjadi pemenang terbanyak AFCON dengan 7 kali.

Mungkinkah ada angka kelapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN