Mesir Dihampakan Oleh Jaringan Lewat José Giménez

Hari kedua Piala Dunia 2018 menyaksikan perlawanan kedua untuk Kumpulan A, melibatkan pertemuan di antara Mesir dan juga Uruguay.

Bercakap mengenai Mesir, penyerang utama negara tersebut, Mohamed Salah sekadar berada di bangku pemain simpanan. Tatkala bagi skuad Uruguay menyaksikan Luis Suarez dan Edinson Cavani mengetuai serangan.

Separuh masa pertama

Lima minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha untuk mengawal bahagian tengah.

Corak permainan berhati-hati, diikuti pressing segera oleh kedua-dua pasukan untuk memenangi bola dipamerkan kedua-dua pasukan.

(Photo by Donat SorokinTASS via Getty Images)

Percubaan pertama di dalam perlawanan ini dihadirkan pada minit ke-8 melalui Cavani yang merembat leret dari luar kotak penalti, namun mudah diselamatkan oleh penjaga gol Mesir.

Tidak berdiam diri, giliran Mesir melakukan percubaan melalui pemain sayap, Trezeguet pada minit ke-11 perlawanan.

Setelah diasak oleh Mesir secara berterusan, akhirnya Uruguay memiliki peluang terbuka namun percubaan Luis Suarez dari jarak dekat pada minit ke-23 sekadar mengegarkan sisi jaring.

(Photo credit should read HECTOR RETAMAL/AFP/Getty Images)

Kedua-dua pasukan kemudianya saling melakukan serangan ke kubu lawan, namun kebanyakkannya berakhir dengan percubaan lemah ke arah penjaga gol.

Separuh masa pertama akhirnya berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Separuh masa kedua

Babak kedia bermula, belum ada lagi bayangan Mohamed Salah di atas padang.

Namun Uruguay bermula garang apabila larian Suarez dari sebelah kiri gawang Mesir, membebaskan penyerang Barcelona itu untuk situasi lawan satu dengan penjaga gol Mesir.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Namun Suarez dan Uruguay masih belum menemui jawapan untuk menembusi benteng lawan dalam perlawanan ini.

Mesir kehilangan khidmat Tarek Hamed pada awal babak kedua akibat kecederaan sebelum pemain tengah tersebut digantikan oleh Sam Morsy.

Selepas itu Uruguay terus menguasai perlawanan dengan pertahanan Mesir bertahan di garis rendah.

Walaupun sekali sekala Mesir cuba melakukan ancaman melalui serangan balas pantas, namun kerana tidak penetratif di kawasan akhir serangan, gerakan mereka mudah dipintas oleh Uruguay.

Minit ke-73 perlawanan, Suarez hanya mampu menyalahkan diri sendiri apabila sekali lagi berada di dalam situasi lawan satu dengan penjaga gol, namun sekali lagi El-Shenawy menjadi wira Mesir.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Apabila Amr Warda dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Ramadan Sobhi, maka jelaslah Salah tidak akan beraksi di dalam perlawanan ini.

Sejurus selepas itu, Cavani melepaskan rembatan voli cantik memaksa penjaga gol Mesir melayangkan badan untuk menolak keluar bola pada minit ke-82 perlawanan.

Minit ke-88 sekali lagi Uruguay dikecewakan, kali ini oleh palang gol selepas sepakan percuma deras dari kotak penalti oleh Cavani tidak tepat ke sasaran.

(Photo credit should read HECTOR RETAMAL/AFP/Getty Images)

Akhirnya gol-gol yang dicari hadir apabila pemain pertahanan, Jose Gimenez menanduk masuk sepakan penjuru pada minit akhir perlawanan untuk Uruguay mendahului 1-0.

Lima minit masa tambahan diberikan oleh pengadil, tiada sebarang perubahan jaringan di antara kedua-dua pasukan.

Uruguay berjaya memperolehi tiga mata berharga dengan menewaskan Mesir 1-0.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN