Mesej Tersembunyi Dalam Iklan Adidas Yang Menampilkan Suarez, Benzema dan James Rodriguez

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

ADIDAS baru sahaja mengeluarkan iklan boot baru mereka dengan tajuk There Will be Haters. Baca artikel dibawah untuk mengetahui kenapa iklan ini OHSEM.

Kami akan terangkan hidden meaning dalam iklan ini kepada anda!
Kami akan terangkan mesej tersembunyi iklan ini kepada anda!

Menampilkan antara barisan pemain bola sepak terbaik dunia masa kini; Luis Suarez, James Rodriguez, Karim Benzema dan Gareth Bale.

Dengan bertemakan There will be haters (akan ada yang benci), iklan ADIDAS kali ini benar-benar berbeza daripada yang pernah anda saksikan. Masakan tidak, ia menceritakan tentang “kebencian” yang dihadapi oleh pemain-pemain bolasepak terhandal dunia

Luis Suarez

Mengambil contoh Luis Suarez misalnya, pemain tersebut telah dilabel “jahat” oleh wartawan sukan kerana menggigit lawan di pentas Piala Dunia 2014. Namun dia mengelak “kebencian” tersebut (dodge the hate) dan mampu muncul sebagai salah seorang penyerang yang berbisa di Barcelona.

Haters mengeji Suarez dengan lantang apabila turut membuat permainan video mini selepas insiden "menggigit" beliau. Kreatif. (Sumber gambar: Yahoo images)

Haters mengeji Suarez dengan lantang apabila turut membuat permainan video mini selepas insiden “menggigit” beliau. Ya, ia juga ditonjolkan dalam iklan baru ADIDAS. Kreatif.
(Sumber gambar: Yahoo images)

Gareth Bale

Semasa Gareth Bale bermain untuk Tottenham Hotspur beliau gemar meraikan jaringan dengan membuat isyarat tangan berbentuk hati seperti bintang k-pop.Stylo di mata Bale tapi tidak di mata haters.Isyarat tangan berbentuk hati Gareth Bale pernah dilabel sebagai sambutan gol yang paling dibenci di Liga Perdana Inggeris (EPL) oleh 10 ribu pembaca akhbar The Sun di seluruh United Kingdom . Namun, dia tidak menghiraukan kritikan tersebut dan muncul sebagai salah seorang paling sayap paling berbisa di dunia.

59% dari 10 000 pembaca akhbar The Sun mengakui bahawa mereka membenci cara Bale meraikan golnya. Sumber gambar: The Sun+ newspaper, Mac 2013.
59% dari 10 ribu pembaca surat khabar The Sun yang menjawab survey mengakui bahawa mereka membenci cara Bale meraikan golnya. Sumber gambar: The Sun+ newspaper, Mac 2013.

James Rodriguez

Bagi James Rodriguez lain pula ceritanya. Dia sering dilabelkan sebagai The Golden Boy (Si Budak Emas) setelah muncul sebagai pemegang kasut emas Piala Dunia 2014, selain berjaya mengikat kontrak mewah dengan Real Madrid. Ada pula golongan haters yang mengeji James Rodriguez dengan mendakwa Rodriguez dibeli sekadar untuk melariskan jualan jersi Real Madrid.

Trollers ni memang ade je benda derang nak bahan. ( Sumber: trollfootball UK twitter)
Trollers ni memang ade je benda diorang nak bahan. ( Sumber: trollfootball UK twitter)

Iklan pendek yang diarahkan oleh Ernest Desumbila ini turut memuatkan babak selfie, patung voodoo Afrika, keratan muka majalah, kolam mandi berbentuk hati, patung emas dan pelbagai lagi aksi menarik. Soundtrack iklan ini pula dari Apashe, bertajuk Battle Royale (Haters- Instrumental VIP).

Mesej iklan ini hanya satu- haters dan keyboard warriors akan terus membuat pelbagai kritikan dan cemuhan dari apa saja yang mereka boleh dapat di Twitter dan FB- dari cara pemain ini berjalan, girlfriends, selebriti, cara mereka makan dan sebagainya. Namun, persetankan saja semua itu sebab There Will Always Be Haters.

Haters juga akan turut membenci boot baru Adidas kerana mereka juga inginkannya.

Mana satu pilihan korang? Bagi kami, semuanya cun belaka!
Mana satu pilihan korang? Bagi kami, semuanya cun belaka!

Boot baru yang dilancarkan oleh ADIDAS dari siri Adizero F50, Predator, Nitrocharge dan 11Proini ini bakal muncul dalam kombinasi warna merah, putih dan biru dan bakal digunakan oleh pemain-pemain hebat bola sepak di serata dunia.

Anda masih belum menonton iklan baru tersebut? Boleh tengok kat bawah ni.

Selamat menonton!

https://www.youtube.com/watch?v=UNiGSf2Sy30

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U