Isu kontrak Ozil dan Alexis Sanchez terus menjadi topik bualan peminat bola sepak. Kedua-dua pemain masih belum menandatangani kontrak baru.
Jika mereka tidak melakukannya pada Januari ini, mereka akan menjadi ejen bebas dan boleh berpindah ke mana-mana pasukan secara percuma.
Hal ini pasti tidak digemari oleh pengurusan Arsenal. Ditanya sama ada semua pemain masih lagi komited dengan pasukan dan pengurus?
“Ya! Semua orang melakukan tugas masing-masing 100%. Kalau tidak, mustahil mereka berada di atas padang.”
“Selagi-lagi semua pihak faham dan kami baik-baik sahaja. Untuk saya, rasanya saya tidak akan menjadi masalah kepada mana-mana pihak. Jika ada perkara saya tak puas hati, saya akan cakapkannya.”
Wartawan bertanya tentang beberapa pemain di tahun akhir kontrak dan masih belum menandatangani kontrak baru. Ini termasuk Sanchez dan Ozil. Mertesacker menjawab:
“Saya tiada masalah dengan pemain di tahun akhir. Saya sendiri pun di tahun akhir.”
Mertesacker dilaporkan akan bersara akhir musim ini dan sedang dalam transisi untuk menjadi jurulatih di akademi.
Mertesacker membidas kritikan yang ditujukan kepada pemain seperti Ozil. Ramai menuduh Ozil sudah tidak komited dengan Arsenal.
Mertesacker memberitahu yang pemain-pemain di tahun akhir seperti Ozil masih komited dengan pasukan Arsenal.
“Isu yang paling mustahak adalah kekal komited dengan kerja anda. Walaupun anda di tahun akhir, anda masih harus buktikan kemampuan anda setiap hari.”
“Ianya penting sama ada untuk kekal di sini ataupun mendapatkan kontrak di tempat lain.”