Merlion Cup: Inilah Cara Malaysia Pecahkan Blok 5-4-1 Kemboja

Merlion Cup

Skuad Malaysia bawah 22 (B-22) bermula dengan langkah kanan mereka dalam saingan Merlion Cup selepas mereka unggul menewaskan Kemboja B-22 menerusi keputusan penuh 4-2 untuk layak ke perlawanan akhir.

Haqimi memulakan pesta gol pasukan negara pada minit ke-13, sebelum V. Ruventhiran berjaya melebarkan jaringan pada minit ke-30 permainan.

Kealpaan penjaga gol muda negara, Rahadiazli Rahalim membolehkan Kemboja menyamakan kedudukan menerusi Lim Pisoth pada minit ke-36, sebelum Sieng Chanthea meledak gol penyamaan pada minit ke-50.

Namun, dua pemain yang dimasukkan di separuh masa kedua iaitu Fergus Tierney dan Najmudin Akmal berjaya membalas kepercayaan ketua jurulatih, E. Elavarasan apabila mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-62 dan 73 permainan untuk membunuh sisa-sisa perjuangan pasukan lawan.

Kemboja mengambil pendekatan untuk menyusun blok pertahanan mereka secara ‘mid-blocks’ 5-4-1 bagi menyekat serta membataskan akses pasukan negara di bahagian tengah.

Ia juga memaksa lawan mereka untuk banyak bermain di bahagian sisi padang, di mana mereka akan dapat melakukan tugasan bertahan dengan lebih mudah di kawasan tersebut.

‘Mobility’ serta pertukaran posisi yang aktif

Meskipun berhadapan blok pertahanan lawan yang disusun secara kompak, namun pemain-pemain muda negara mempamerkan kesabaran yang tinggi dalam usaha memecahkan kubu pertahanan lawan.

Situasi ini jelas kelihatan ketika pasukan negara menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini menerusi Haqimi.

Binaan gerakan serangan Malaysia banyak berpaksikan saluran di bahagian kiri dengan mengeksploitasi kemampuan Ubaidillah Shamsul yang mampu berperanan sebagai ‘ball-playing defender’.

Situasi ini turut dibantu oleh pergerakan tanpa bola yang berkualiti, terutamnya menerusi Ruventhiran yang banyak menghadirkan masalah kepada pemain pertahanan lawan dalam perlawanan ini.

Gambar di atas menunjukkan gerakan awal sebelum gol pertama negara dijaringkan. Ruventhiran ‘drop deeper’ untuk menyediakan sokongan hantaran kepada Ubaidillah.

Pergerakan ini membolehkan Ruventhiran menerima hantaran bola daripada Ubaidillah tanpa sebarang tekanan oleh pemain lawan, serta meninggalkan ruang untuk dieksploitasi Aiman Afif (dalam bulatan). Sementara itu, Haqimi sudahnpun melakukan larian bagi menyerang ruang di antara pemain pertahanan Kemboja.

‘Width’ yang disediakan oleh pemain ‘wing-back’, Safwan Mazlan turut mempengaruhi kedudukan pemain bek sisi Cambodia, sekali gus mencipta bukaan ruang serta membolehkan Ruventhiran melakukan satu ‘penetration pass’ berkualiti kepada Aiman (dalam bulatan).

Serta meletakkan Malaysia untuk berada di kedudukan serangan yang baik, di mana Haqimi pada waktu ini bebas tanpa sebarang kawalan pemain lawan.

Ia sekali gus membantu penyerang muda pasukan Kuala Lumpur City ini untuk meledak gol pertama perlawanan.

‘Mobility’ serta pertukaran posisi yang aktif di antara pemain negara secara berterusan menghadirkan masalah buat pasukan Kemboja dalam perlawanan ini.

Gambar di atas menunjukkan satu lagi contoh bagaimana Malaysia memecahkan blok pertahanan kompak lawan. Pemain ‘midfield’ Syahir Bashah melakukan ‘positional interchange’ dengan mengisi posisi yang kebiasannya diisi oleh pemain ‘wing-back’ pasukan.

Syahir kemudiannya membawa bola keluar ke bahagian ‘middle third’, di mana Ruventhiran sekali lagi ‘drop deeper’ untuk menarik keluar pemain lawan dari posisi asalnya, sekaligus meninggalkan ruang yang mampu dieksploitasi oleh Aliff Izwan.

Aliff (dalam bulatan) kemudiannya menerima hantaran daripada Syahir, dan beliau menggunakan kekuatan fizikalnya untuk memenangi situasi 1v1 ke atas pemain lawan.

Kualiti fizikal yang dimiliki oleh Aliff ini juga kerap menghadirkan masalah buat pemain lawan untuk mengekang gerakan-gerakan serangan pasukan negara.

‘Overload to isolate’

Malaysia turut menggunakan konsep ‘overload to isolate’, iaitu satu konsep serangan di mana sesebuah pasukan yang memiliki penguasaan bola akan berhimpun di satu sudut, bagi mengasingkan pemain mereka dalam situasi 1v1 di sudut yang bertentangan.

Konsep serangan ini jelas kelihatan ketika Malysia menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan ini.

Gambar di atas menunjukkan antara detik awal sebelum gol ketiga pasukan negara terhasil, di mana pemain-pemain Malaysia berjaya menarik tujuh pemain lawan ke bahagian kanan.

Situasi ini turut berjaya mengasingkan tiga pemain serangan negara dalam situasi 3v3 dalam kotak penalti Kemboja.

Situasi kompak menyebabkan hantaran ke belakang kepada Ubaidillah dilakukan oleh pemain Malaysia.

Sebelum Ubadilillah melakukan hantaran susulan kepada Harith Haiqal (dalam bulatan)

Harith kemudiannya melakukan satu hantaran secara diagonal kepada Azam Azmi di bahagian sisi padang.

Untuk mengeksploitasi situasi Azam yang kini terasing (isolated) dengan situasi 1v1 bersama pemain pertahanan lawan.

Sekaligus berjaya memecahkan blok pertahanan lawan yang membantu jaringan ketiga pasukan Malaysia menerusi Tierney.

Kesilapan mesti dikurangkan

Malaysia B22 mempamerkan kematangan khususnya ketika mereka sedang membina gerakan serangan pasukan. Namun, menjelang aksi final bertemu Hong Kong, pemain-pemain negara harus mengurangkan sebarang kesilapan yang mampu merugikan pasukan.

Perlawanan akhir Piala Merlion bakal berlangsung pada 26 Mac 2023, jam 7.30 malam (waktu Malaysia). Ayuh Harimau Muda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN