Tidak ada isu di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Sabah FC mengenai pelepasan Saddil Ramdani untuk menyertai skuad B-23 Indonesia yang akan beraksi di Sukan SEA, Hanoi pada Mei akan datang.
Beberapa laporan dan dakwaan – terutama daripada kalangan penyokong bola sepak Indonesia – FAM dan Sabah FC mempunyai agenda tersendiri untuk tidak melepaskan pemain itu ke Sukan SEA.
Antara dakwaan liar yang dilakukan ialah Sabah FC dan FAM bersepakat sengaja tidak melepaskan Saddil untuk menyertai skuad B-23 negara jiran itu, kononnya untuk melemahkan cabaran skuad garuda di temasya dwi tahunan itu.
Team Statement about
Saddil Ramdani. pic.twitter.com/wRTTZam2sM— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) April 14, 2022
Sebelum ini Sabah FC pernah menyelar laporan tidak berasas beberapa media berkaitan isu sama, dan menjelaskan Saddil tidak dilepaskan untuk menyertai skuad B-23 negara itu kerana temasya Sukan SEA bukannya berlangsung ketika jendela perlawanan antarabangsa FIFA.
Pemain sayap itu adalah antara pemain penting Sabah FC pada musim ini, dan setakat ini telah beraksi dalam semua lima perlawanan untuk kelab dari Borneo itu dalam saingan Liga Super pada musim ini.
Hanya provokasi penyokong
Isu Saddil Ramdani sememangnya mendapat liputan meluas media Indonesia. Terbaru, penjelasan oleh Ketua Jurulatih Sabah FC. Datuk Ong Kim Swee melalui temubual khas di YouTube Harimau Malaya, tidak terkecuali daripada menjadi perhatian media negara jiran.
“Isu Saddil ini bagi saya bukan mengenai PSSI dengan FAM atau Sabah FC,” jelas Ong Kim Swee.
“Kita tahu penyokong-penyokong Indonesia ini suka memainkan provokasi-provokasi, saya sudah masak dengan mereka ini.
Statement resmi @SabahFCofficial terkait Saddil Ramdani!
Clear yaa..
Saddil itu pemain andalan. Sabah punya hak ga ngelepas utk ajang non FIFA.Jadi stop-lah lobi2, sama komen aneh2 di medsos Sabah.
Case kaya gini bisa bikin klub overseas males rekrut pemain Indonesia.. pic.twitter.com/Ze1vNyKvnc
— GARAGARABOLA (@garagarabola_) April 14, 2022
Menurut Kim Swee lagi, sepanjang tempoh Sukan SEA berlangsung Sabah FC akan menghadapi lima perlawanan penting, dan situasi tersebut jelas tidak adil untuk kelab memandangkan temasya tersebut tidak berlangsung ketika jendela perlawanan antarabangsa FIFA.
Bekas pengendali skuad B-23 Malaysia itu juga berkata beliau sememangnya akan mempertimbangkan Saddil untuk menyertai pasukan Indonesia jika sepanjang tempoh itu Saddil hanya akan terlepas satu perlawanan sahaja bersama Sabah FC.
“Saya lihat perkara ini bukan suatu perkara yang di mana hanya pada FAM, Sabah FC, [dan] PSSI.
“Tapi penyokong mereka yang cuba memprovokasi, karena untuk mendapatkan Saddil dengan menunjukkan (seolah) kami yang bersalah,” tambah Kim Swee lagi.
Penyokong Garuda malu sendiri
Baru-baru ini, laman Instagram rasmi Sabah FC turut menjadi mangsa serangan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati Saddil Ramdani tidak dilepaskan untuk ke Sukan SEA.
Instagram Sabah FC Diserang Penyokong Garuda Akibat Halang Saddil Ramdani Ke Sukan SEAhttps://t.co/Y4LN1lqrLH
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 31, 2022
Di sebalik dakwaan penyokong Indonesia suka membuat provokasi, tidak semuanya juga begitu.
Malah ramai juga di kalangan mereka yang memahami situasi Saddil dan peraturan FIFA dan mahu penyokong lain untuk mengetahui fakta sebenar sebelum melakukan tohmahan tidak berasas di media sosial.
Ada juga di kalangan netizen dan penyokong Indonesia yang faham merasakan tindakan sebahagian daripada mereka hanya memalukan diri sendiri kerana tidak mengetahui fakta sebenar.
Ada juga di kalangan mereka yang memuji ketegasan Datuk Ong Kim Swee dalam penerangan yang diberikan melalui temubual tersebut – menyifatkan beliau sebagai jurulatih yang straight to the point di dalam isu tersebut.
Tidak kurang juga yang melakukan kecaman terhadap pihak media seberang yang berlebihan dalam melaporkan sesuatu isu tanpa memberi keutamaan untuk memberikan penjelasan yang sewajarnya.