“United Jadikan Hidup Kami Lebih Mudah” – Salah Optimis Peluang Liverpool Raih Kejuaraan

Salah Liverpool Manchester United

Wira Liverpool, Mohamed Salah menyatakan Manchester United menjadikan misi pasukannya untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin mudah selepas menjaringkan dua gol ketika menang besar 4-0 di Anfield.

Aksi ‘berat sebelah’ tersebut menyaksikan United seolah-olah langsung tidak berupaya untuk bangkit melawan setelah ketinggalan dua gol seawal minit ke-22.

“Mereka menjadikan hidup kami lebih mudah di bahagian tengah dan di pertahanan, mereka seolah-olah sentiasa memberikan kami penguasaan bola dalam situasi satu lawan satu, menjadikan hidup kami semakin mudah,” ujar penyerang Mesir tersebut selepas perlawanan.

Kemenangan besar tersebut mengulangi kejayaan menumpaskan lawan yang sama 5-0 di Old Trafford pada Oktober lalu dan Salah turut berbangga dengan rekod pertahanan yang mantap dipamerkan pasukannya.

“Malah pertahanan kami dapat mempertahankan gawang dari dibolosi di sini dan juga di sana [Old Trafford], itu pun memudahkan hidup kami,” tambahnya.

“Kami mulanya nak jaringkan satu gol sahaja, tapi selepas dapat satu, kami dapat yang kedua. Lepas dapat yang kedua, kami dapat yang ketiga pula. Ia menunjukkan kami boleh beraksi dengan baik tak kira di sini atau tempat lawan. Jadi saya harap kami dapat kekalkan momentum ini.”

Pemain tengah United, Bruno Fernandes pula mengakui aksi yang ditampilkan pasukannya amat memalukan dan di bawah tahap yang diharapkan oleh penyokong.

“Penyokong tidak berhak untuk melihat kami bermain seperti ini, mereka patut dapat lebih daripada kami. Dengan mereka hadir ke sini memberikan sokongan, mereka patut dapat lebih dari itu. Kami patut tingkatkan lagi prestasi,” ujar Fernandes.

“Saya tahu semua pemain berlari dan telah berusaha, saya tak rasa ada yang tak berikan 100 peratus. Tapi kita perlu berikan lebih untuk kelab, penyokong dan semua orang.”

Dalam masa yang sama, Fernandes mengakui keputusan perlawanan adalah bukti bahawa terdapat jurang ketara di antara dua pasukan.

“Liverpool adalah pasukan yang bersedia untuk menjuarai liga, sementara kami tidak. Saya perlu akui terdapat jurang perbezaan antara keduanya. Kami perlu cermin diri, lihat dari atas ke bawah dan fahami apa yang tidak kena.”

United kini telah tergelincir ke tangga keenam liga, tida mata di belakang Tottenham Hotspur yang beraksi kurang satu perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN