‘Mereka Tak Tahu Taktikal’, Kata Bekas Pemain Import Kelantan, Morgaro Gomis

Morgaro Gomis Kelantan 2016

Bekas pemain import Kelantan FC, Morgaro Gomis dilihat secara sinis berkata yang pasukan-pasukan di Liga Malaysia (Liga M) tidak tahu apa-apa tentang taktikal.

Begitupun, beliau tetap menikmati sepanjang tempoh beliau berada di Malaysia terutama para penyokong yang sangat bersemangat. Semestinya, Kelantan kan?

Gomis beraksi di Malaysia bermula pada pertengahan tahun 2016 setelah dibawa masuk oleh pengendali baharu, Velizar Popov yang menggantikan K. Devan yang ‘direhatkan’ pada bulan Mei. Menurut Gomis, beliau mendapat panggilan daripada Malaysia ketika sedang menjalani pra-musim bersama pasukannya, Heart.

Dan ketika itu, beliau sedang melalui situasi sukar apabila sebaik sahaja pulang daripada dipinjamkan ke Motherwell untuk semusim, beliau rasa seperti ‘tersisih’.

Ceritanya ketika ditemuramah dalam sebuah Podcast, Talkin Fitbaw, “Saya kembali ke Heart dan mereka telah ambil nombor [jersi] saya. Selalunya saya memakai jersi nombor 6. Ketika saya kembali, saya terasa yang saya mungkin tidak lama di sini.”

“Dua minggu kemudian saya mendapat panggilan dari Malaysia dan mereka katakan mereka sukakan saya dan menawarkan peluang untuk bermain di Asia iaitu di Malaysia. Dan mereka tawarkan kontrak yang saya tidak dapat tolak,” tambahnya lagi.

Bercakap mengenai bola sepak di Malaysia, pemain tengah yang kini berusia 35 tahun itu dipetik berkata, “Perlawanan berlangsung pada waktu malam, jam 9.00 malam. Sejak jam 6.00 atau 7.00 petang, penyokong sudah mula memenuhi stadium.”

“Mereka [penyokong] suka berselfie. Secara jujurnya mereka sangat bersemangat dan saya sangat menikmatinya.” ujarnya yang berada di sana sehingga musim 2018.

“Dan setiap pasukan di Malaysia, mereka dibenarkan untuk mengambil empat pemain import dan selainnya merupakan pemain tempatan. Bola sepak di sana, mereka hanya mahu menyerang. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai taktikal,” jelasnya lagi.

Ulasnya lagi, sukar untuk melihat perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan kerana setiap perlawanan akan melibatkan banyak gol. Katanya lagi, “Sehingga saya terfikir, wow, ia sangat gila! Tetapi, saya sangat menikmatinya.”

Morgaro Gomis digugurkan pada awal saingan musim 2018, dimana Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika itu, Bibi Ramjani Ilias Khan menjelaskan pengguguran Gomis adalah atas faktor kecederaan, sebelum kembali ke Scotland.

KREDIT FEATURED IMAGE: NSTP/RAMDZAN MASIAM

Baca lagi artikel lain mengenai Morgaro Gomis dan Kelantan FC:

Isu Saman Gomis Kacau Permohonan Lesen, KAFA Salahkan Pengurusan Terdahulu

Bibi Ramjani Sahkan Gomis Digugurkan Daripada Skuad Kelantan Kerana Kecederaan

Umpama ‘Restart’, Kelantan FC Serap Masuk 90 Peratus ‘Ubi Muda’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN