Umpama ‘Restart’, Kelantan FC Serap Masuk 90 Peratus ‘Ubi Muda’

Kelantan FC 2021 Pemilihan Pemain Daripada Skuad Presiden dan Belia 2020

Sebelum ini kita digemparkan dengan penghijrahan beberapa tonggak Kelantan FC yang dikatakan telah memohon untuk dibatalkan kontrak mereka musim depan.

Antara pemain-pemain yang telah membatalkan kontrak lalu berhijrah adalah Nik Akif Syahiran, Shahrul Nizam Ros Hani, Danial Ashraf Abdullah, Azwan Aripin dan Khairul Asyraf Ramli. Pada ketika itu, pastinya semua penyokong tertanya-tanya, apa perancangan sebenar Kelantan untuk melalui saingan Liga Premier 2021.

Jika dilihatkan, pemain-pemain utama Kelantan musim ini sudah boleh dikatakan muda dan agak matang selepas pendedahan meluas selama boleh dikatakan dua musim. Jika tidak kerana COVID-19, sudah tentu mereka akan mendapat lebih lagi minit permainan berbanding hanya 11 perlawanan liga yang dilalui tempohari.

Dan jika dikekalkan pada musim ini, The Red Warrior sudah tentu akan dengan mudah meraih slot ke saingan Liga Super 2022. Namun, nampaknya ianya tidak berlaku.

Transformasi di bawah pemilik baharu, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan ZamSaham, nampak berterusan. Mereka dikhabarkan bakal menyerap masuk 90 peratus pemain daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia musim ini.

Menurut kenyataan Pengurus Operasi The Red Warriors (TRW) Kelantan FC, Jamilulail Jamiludin di Facebook rasmi pasukan, “Pemilihan dibuat oleh Pengarah Teknikal En Abdul Nasir M. Yusof dan dipantau sendiri oleh Pemilik Kelab, Norizam Tukiman.”

“1 perlawanan persahabatan antara Pasukan Presiden Kelantan 2020 dan Pasukan Belia Kelantan 2020 telah diadakan di Padang sintetik Kota Bharu. Hasil daripada perlawanan persahabatan ini, 90% pemain terbaik dari kedua-dua pasukan bakal diserap masuk ke pasukan utama pada musim 2021,” jelas Jamilulail Jamiludin.

Pemain-pemain yang telah terpilih ini dikatakan bakal dilatih oleh pengendali baharu dari Itali dan akan dibentuk dengan DNA baharu pasukan. Menurut kenyataan itu lagi, “Pemain-pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan dalam sebuah majlis khas pengenalan pasukan pada awal Januari 2021.”

Satu perkara yang perlu diberikan lebih perhatian adalah apabila membuat ‘restart’ sebegini, kesan kepada pasukan nanti. Melihat statistik yang dikeluarkan oleh Opta J untuk Liga Super 2020, pasukan yang menyenaraikan lebih pemain-pemain berumur bawah 23 tahun memiliki kecenderungan tinggi untuk gagal dan tersingkir.

KREDIT FEATURED IMAGE: TRW KELANTAN FC

Baca lagi artikel lain mengenai Kelantan FC:

Tak Sambung Kontrak Yusri, Kelantan FC Buru Jurulatih Berpengalaman

Tunggakan Gaji Abou Bakr Al Mel Pula Berjaya Diselesaikan Kelantan FC

‘Kasihanilah Kami’ – Nik Akif, Farisham Ismail Utus Ingatan Buat KAFA

Leave a Reply