Pemain Sri Pahang, David Rowley mendedahkan pengalamannya yang turut pernah beraksi menentang Kepualauan Solomon satu ketika dahulu.
Pengalaman itu hadir bukanlah ketika beliau bersama-sama skuad Malaysia semalam, malah namanya turut tidak berada dalam senarai panggilan.
Sebaliknya, ia berlaku ketika pemain itu pernah mewakili Australia satu masa dahulu sebagai pemain remaja.
Dalam Instagramnya, Rowley mendedahkan yang taraf negara Kepulauan Solomon semenangnya berada pada tahap yang rendah dan ia turut memberikan kesan kepada kualiti bola sepak mereka.
Beliau berkata sedemikian selepas melihat cerita pemain-pemain Kepulauan Solomon membeli kasut bola sepak sehari sebelum perlawanan Malaysia berlangsung.
Dengan sehingga ke hari ini, taraf bola sepak Kepulauan Solomon masih lagi belum profesional sepenuhnya apabila majoriti pemain adalah pemain amatur.
Malah bukan setakat amatur, tetapi fasiliti yang ada juga daif malah pemain juga tidak dilengkapi peralatan yang baik untuk menjadi bermain bola sepak dalam keadaan lebih baik.
“Gambar para pemain Kepulauan Solomon membeli kasut bola sepak mengingatkan saya kepada insiden semasa saya berusia 18 tahun.
“Saya ketika itu bermain di Australia dan pada akhir musim kami pergi bermain menentang Kepulauan Solomon di ibu negara mereka iaitu Honiara. Ramai pemain yang miskin dan mereka memakai kasut yang tiga saiz lebih kecil berbanding kaki mereka,” kata Rowley.
David Rowley’s IG story about his experience playing away game against Solomon Islands many years ago. pic.twitter.com/Y1CETeObEi
— Steven Tranung 🇲🇾 (@steventsh) June 14, 2023
Rowley turut berkata yang kerana situasi ini tidak menghalang mereka untuk bermain dengan cemerlang dalam perlawanan tersebut.
“Walaupun begitu, skil mereka begitu hebat. Kami kemudiannya mendermakan kasut kami kepada mereka selepas tamat perlawanan.
“Ia adalah satu peringatan untuk kita sentiasa menghargai apa yang kita ada. Kita mungkin tiada kasut bola sepak terbaik tetapi kita tetap mempunyainya,” tambah Rowley lagi.