Tonggak utama Vietnam, Nguyen Quang Hai berkata, Malaysia sering ubah pendekatan permainan yang menyukarkannya untuk memberi gambaran bagaimana pertembungan kedua-dua pasukan malam nanti.
Beliau yang pernah terlibat dalam banyak pertembungan dengan Harimau Malaya jangkakan pertembungan sengit untuk aksi Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020. “Ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” ujarnya.
“Mereka memiliki fizikal yang bagus dan ada antaranya berkemahiran tinggi. Vietnam mesti bersedia sebaik mungkin. Semua pemain harus memainkan peranan mereka untuk kita raih keputusan terbaik,” ulasnya lagi.
Quang Hai dijangka akan menjadi nadi penting serangan Vietnam berdepan Malaysia pada malam nanti.
Dengan Khairul Fahmi yang berketinggian 1.71 m di gol, mungkin Vietnam akan mencuba-cuba dari jarak jauh. 2 pemain yang diberikan 'lesen' untuk mencuba: Nguyen Hoang Duc (no. 14) & Nguyen Quang Hai (no. 19). pic.twitter.com/R4IFC4pmMp
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) December 12, 2021
Vietnam adalah pasukan yang pantas dan agresif, malah Malaysia tidak pernah tewaskan mereka sejak kali terakhir melakukannya di separuh akhir kejohanan yang sama pada edisi 2014. Jelas, ia perlawanan yang sukar buat skuad negara. Dengan situasi Harimau Malaya yang ‘tempang’ ketika ini, apa yang boleh dirancang?
Begitupun, menurut Quang Hai lanjut, kesukaran dengan Malaysia adalah pendekatan yang sering berubah. Malaysia tidak sama setiap kali mereka bertembung. Ujarnya, “Vietnam sudah banyak kali bertembung Malaysia. Tetapi saya tidak boleh beri gambaran tepat bagaimana saya akan berdepan mereka nanti.”
“Ini kerana, dalam setiap kejohanan dan perlawanan, mereka akan bersedia dengan pendekatan yang berbeza-beza,” ulas pemain tengah menyerang berusia 24 tahun itu lagi mengenai pertembungan kedua-dua pasukan.
Quang Hai tidak berada dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Laos 2-0 untuk aksi pertama Kumpulan B, namun disebabkan taktikal bertahan Laos, pengendalinya, Park Hang-seo terpaksa memasukkannya.
Kemasukkannya memberikan dimensi berbeza buat mereka. Dalam 45 minit aksinya, beliau berhasil membuat 33 successful passes dengan 94 peratus ketepatan. Kegagalan Nguyen Tien Linh beroperasi sebagai penyerang menyebabkan Nguyen Cong Phuong bertukar posisi dengannya dan Quang Hai ambil posisi Cong Phuong.
Quang Hai berhasil menambah kualiti di jentera tengah menyerang, sementara Cong Phuong pula berjaya menghidupkan posisi serangan mereka. Begitupun mereka masih gagal memecah blok pertahanan Laos.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇱🇦 Laos 0-2 Vietnam 🇻🇳
🌟 Goals in either half from Nguyen Cong Phuong and Phan Van Doc see the Golden Stars pick up a comfortable victory in their #AFFSuzukiCup2020 opener!#RivalriesNeverDie | #LAOvVIE pic.twitter.com/phVpj5vqvb
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 6, 2021
Vietnam bukanlah pasukan yang banyak membuat percubaan ke gawang lawan – akibat taktikal ‘parking bus’ oleh Laos untuk aksi pertama mereka. Mereka di ranking ke-7 terbanyak membuat percubaan tepat dengan enam percubaan. Malah, conversion rate mereka juga amat rendah iaitu 12 peratus akibat tindakan Laos itu.
Berdepan Malaysia, didorong motivasi ‘musuh’ terkuat, dijangkakan ia akan bertambah baik dengan Malaysia bukanlah pasukan yang berpaksi taktikal seperti Laos walaupun berdepan masalah kekurangan pemain dan tiada pemain tengah bertahan ‘natural’. Cheng Hoe mungkin sedikit bertahan, tetapi tidaklah sepenuhnya.
Walaupun berdepan kesukaran dengan Laos, dalam edisi kali ini, mereka merekodkan 90 peratus hantaran tepat daripada 686 hantaran yang dilakukan berdepan lawan mereka itu. Ia seperti menggambarkan permainan kemas Golden Dragon waima pasukan lawan mengunci rapat kawasan defensive third mereka tempohari.