“Mereka Pun Sama” – Tite Tenang Brazil Tak Jumpa Pasukan Eropah Sebelum Qatar 2022

Tite

Pengendali Brazil, Tite menanggap beberapa bulan menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar akan memberikan masalah kepada semua pasukan baik Amerika Selatan atau Eropah.

Sebaik saja undian peringkat kumpulan Piala Dunia telah dilakukan tempoh hari, Tite menganggap masa sukar sudah tiba untuk semua pasukan mencari lawan untuk diadakan perlawanan persahabatan.

Hal ini kerana, masa sudah semakin suntuk untuk persiapan dilakukan serta rata-rata pasukan tidak mahu bertemu dengan lawan sekumpulan mereka di Qatar sebelum kejohanan diadakan.

Mereka pun tak akan jumpa kita

Bagi jurulatih Brazil itu, Tite menganggap kesemua pasukan akan rugi kerana tidak dapat ‘mengasah parang’ sesama sendiri sebelum kejohanan diadakan.

Disaat pasukan-pasukan Eropah akan menanggap wakil Amerika Selatan akan berasa rugi kerana tidak menentang mereka.

Tetapi bagi Tite, pasukan Eropah juga akan berasa rugi kerana tidak bertemu mereka.

“Adakah kami akan mengalami kesukaran berdepan pasukan Eropah [di Qatar 2022]? Benar.”

“Tetapi, pasukan Eropah juga akan mengalami masalah yang sama kerana tidak berdepan dengan Brazil, Argentina, Ecuador dan Uruguay.”

Pasukan Amerika Selatan dan Eropah dijangka tidak akan bertemu sesama sendiri sehinggalah Piala Dunia bermula kecuali Argentina yang akan bertemu Itali.

Kedua-dua negara itu akan bertemu dalam satu perlawanan khas sempena meraikan juara Copa America dan EURO. Malah ianya tiada masalah kerana Itali tidak layak ke Piala Dunia.

Brazil diundi dalam kumpulan G bersama-sama Serbia, Cameroon dan juga Switzerland.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN