Juara FA Cup Akan Layak Ke UCL, Tapi Jika Pemenang Adalah ‘Kelab Besar’

FA Cup

Sejak beberapa tahun ini, kejohanan piala nasional England iaitu FA Cup sering dipandang sepi.

Hal ini kerana, tahap relevan kejohanan itu mula menurun dari tahun ke tahun dengan majoriti kelab terutamanya pasukan Premier League lebih gemar untuk mencabar kedudukan tertinggi liga berbanding meraih trofi tersebut.

Pelbagai usaha untuk menarik kembali tumpuan orang ramai terhadap FA Cup termasuklah menawarkan tempat ke kejohanan Eropah seperti Europa League.

Kini, kejohanan tersebut akan dilihat akan diberikan suntikan tambahan apabila dikatakan slot UEFA Champions League (UCL) akan dihadiahkan kepada pemenang.

Menurut laporan Metro, inisiatif itu akan diberikan kepada juara FA Cup bermula pada 2024 namun ada sedikit plot twist di dalamnya.

Plot twist yang dimaksudkan adalah slot UCL itu hanya akan diberikan kepada pasukan yang dianggap sebagai ‘kelab besar’ sahaja.

Hal ini bermakna, jika sebuah kelab itu mempunyai nilai mata yang tinggi dalam carta kelab Eropah keluaran UEFA, maka pasukan tersebut layak ke UCL.

Sebagai contoh, jika Crystal Palace berjaya muncul juara FA Cup musim ini, mereka akan hanya layak ke Europa League sahaja kerana kelab itu tidak mempunyai mata kejohanan Eropah.

Semua ini merupakan perubahan yang cuba dilakukan oleh UEFA dalam misi mereka meluaskan penyertaan UCL dari 32 pasukan kepada 36 pasukan.

Dua slot tambahan akan diberikan kepada pasukan yang dianggap “mempunyai sejarah yang signifikan” dalam bola sepak Eropah.

Dalam situasi Palace tadi, jika benar mereka menjadi juara, maka tempat UCL mereka akan diberikan kepada kelab Eropah lain yang mempunyai rekod mata yang lebih tinggi dalam carta kelab Eropah.

Premier League bagaimana pun masih belum memberikan kata putus sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perubahan peraturan ini.

Tetapi, UEFA dan European Clubs Association dilihat hampir pasti untuk melakukannya dengan musim 2024/2025 akan menjadi permulaan kepada peraturan ini.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN