“Mereka Berjuang Habis-Habisan”- Son Heung-min Puji Harimau Malaya

Penyerang berbisa Korea Selatan, Son Heung-min tampil dengan memberi pujian kepada pasukan Harimau Malaya yang dianggap memiliki semangat untuk berjuang sehingga ke minit akhir perlawanan.

Terdahulu, Malaysia berjaya mencipta keputusan seri 3-3 ketika bertemu Korea Selatan bagi aksi terakhir Kumpulan E untuk saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Keputusan tersebut jelas merupakan suatu kejutan tidak dijangka terutama sekali membabitkan para penyokong kerana Malaysia sebelum itu hadir dengan keputusan mengecewakan bagi dua perlawanan.

Pad aksi itu, skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya merekodkan tiga jaringan menerusi Faisal Abdul Halim, Arif Aiman Hanapi, serta bintang naturalisasi terbaharu, Romel Morales.

Manakala Korea Selatan pula turut mendapat tiga jaringan mereka menerusi ledakan Jeong Woo-yeong, Son Heung-min, serta bintang tengah mereka iaitu Lee Kang-in yang meledak gol sepakan percuma bertaraf dunia.

Son yang turut meledak satu gol pada perlawanan itu tampil memuji semangat pasukan kebangsaan yang berjuang sehingga ke wisel penamat.

“Ia memang keputusan yang sukar untuk kami, tapi kredit untuk pasukan lawan kerana mereka berjuang habis-habisan sehingga ke minit terakhir permainan.

“Memang kami kecewa dengan permainan kami hari ini tapi apa yang penting kita perlu fokus dan bersiap sedia untuk pusingan 16 nanti,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada aksi tersebut, Son menjadi antara pemain tumpuan pasukan lawan kerana reputasi tinggi dimilikinya sebelum ini bersama Tottenham Hotspur dalam saingan English Premier League (EPL).

Walaupun begitu, Son dilihat begitu sukar untuk mempamerkan kualitinya di atas padang selepas kelibat beliau sentiasa dibayangi pertahanan negara, Daniel Ting.

Selain itu, Son juga turut mengulas mengenai situasi penalti yang memerlukan khidmat sistem Video Assistant Referee (VAR) untuk disahkan oleh pengadil bertugas.

“Kita boleh bercakap satu hari mengenai keputusan VAR, tapi kita perlu hormat keputusan pengadil kerana mereka dibantu oleh monitor untuk melihat semula insiden yang berlaku,” katanya akhir sekali.

Korea Selatan menepati ramalan ramai untuk menjadi salah satu pasukan yang akan mara ke pusingan 16 terbaik bersama negara-negara lain pada saingan Piala Asia 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN