Jika diimbas dari segi prestasi semasa dan kualiti pemain yang ada, jelas Sabah berada dalam kelas tersendiri selaku pasukan pilihan berbanding Sarawak United yang dilihat masih mencari rentak permainan mereka menjelang pertemuan kedua kelab tersebut pada Ahad ini di Stadium Negeri, Kuching.
B. Satiananthan selaku pengendali utama Sarawak United melihat perubahan positif yang dialami Sabah ketika ini sebagai sesuatu yang membimbangkan dirinya memandangkan skuad kendaliannya ketika ini sedang mencari kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.
Ketua jurulatih @sufc_rasmi, B. Satiananthan, melihat kekuatan Sabah FC sebagai satu perkara yang membimbangkannya dalam usaha Sarawak United meraih kemenangan sulung dalam pentas Liga Super menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Negeri, Ahad ini.#LigaSuper2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 8, 2022
Walaupun begitu, beliau tetap optimis akan pasukannya mampu melakar kejutan buat Sabah dengan berbekalkan semangat dan komitmen para pemain sepanjang sesi latihan berlangsung menjelang pertemuan ‘Borneo Derby’.
“Sabah ada kualiti pemain yang punyai pengalaman bermain di peringkat kebangsaan malah mereka sedang lalui prestasi terbaik dalam dua perlawanan lalu.
⚫🔴🟡
NEXT MATCH IS BORNEO DERBY!Dapatkan tiket perlawanan dihttps://t.co/hXRxMnAK2A
Jom sama-sama kita gegarkan stadium negeri minggu ini!!#kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/ipcydIPDKK
— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) April 8, 2022
“Malah dengan kehadiran pemain seperti Amri Yahyah serta sebahagian besar pemain yang pernah bekerja dengan Datuk Ong Kim Swee, saya memang nampak Sabah ada kualiti tersendiri di Liga Super.
“Banding dengan Sarawak, kami baru kembali ke Liga Super pada musim ini malah sebahagian besar pemain kami hanya ada pengalaman di Liga Premier.
“Bagaimanapun, berbekalkan semangat serta kerja keras dari pemain, saya rasa kami boleh mengejutkan sesiapa termasuk Sabah sahaja jika berada di hari terbaik.
“Dari tiga perlawanan lalu, saya berpuas hati dengan komitmen pemain yang telah beri sedaya upaya serta corak permainan menghiburkan dan apa yang kena kami perbaiki adalah melunaskan peluang yang terhidang,” katanya menerusi MFL.
Sarawak berjaya memperoleh mata pertama mereka musim ini setelah mengharungi tiga perlawanan Liga Super apabila mampu mengikat Penang di gelanggang lawan pada perlawanan lalu.
Untuk musim ini, Sarawak telah mempersiapkan skuad dengan membawa beberapa nama untuk memberi kekuatan baharu di setiap posisi selain mengekalkan ramai pemain musim lalu yang berjaya membawa pasukan ini meraih gelaran naib juara Liga Premier 2021.
Francis Kone, Gonzalo Soto, Boris Kok, dan beberapa nama lagi antara yang menjadi wajah baharu skuad tersebut untuk mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini.
Dalam masa sama, cabaran awal buat Satiananthan untuk menyusun atur strategi permainan apabila tiga tonggak pemainnya terpaksa melupakan pertemuan menentang Sabah pada Ahad ini iaitu Christie Jayaseelan, S. Chanthuru, dan Amer Saidin kerana masalah kecergasan.
Selain itu, Satiananthan juga menegaskan mengenai matlamat Sarawak musim ini adalah untuk terus kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan dan setakat ini beliau juga tidak berasa gusar mengenai prestasi semasa pasukan di awal musim.
“Sarawak akan fokus dari satu ke satu perlawanan dan seperti mana saya katakan di awal musim, sasaran utama kami mahu kekal di Liga Super.
“Saya berbangga dapat memberikan ruang kepada pemain-pemain muda Sarawak seperti Norman Angkun yang telah diberikan ruang untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!