Walaupun kini Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi mana-mana perlawanan dalam saingan Liga Super, pengendali kelab tersebut iaitu Benjamin Mora dilihat masih belum merasakan diri mereka selesa setakat ini.
Malah aksi padat bulan ini di gelanggang lawan berbeza juga bakal menguji skuad tersebut sama ada mampu atau tidak untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam persaingan Liga Super 2022.
Jadual perlawanan Liga Super minggu ini! 🙌
Perlawanan manakah yang menjadi tumpuan anda? 🤩
Siaran langsung di unifiTV, aplikasi unifi playTV dan YouTube.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/fOb1mrdDd2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 27, 2022
Menjelang pertemuan malam esok menentang Melaka United, pastinya Mora enggan memandang mudah cabaran lawan yang dilihat pastinya mahu membuat kebangkitan setelah tumpas pada perlawanan lalu.
Pengendali dari Mexico itu akui dirinya menghormati lawan yang dilihat mungkin bakal membuat kejutan sekiranya skuad kendaliannya tidak memberi fokus penuh dalam perlawanan bakal berlangsung malam esok.
“JDT akan beraksi empat perlawanan di tempat lawan dan kami fokus satu demi satu perlawanan, bermula aksi menentang MU menjadi lawan pertama di gelanggang mereka.
“Kita tahu prestasi MU sejak kebelakangan ini kurang konsisten dengan persembahan turun dan naik tapi pasukan itu tetap berbahaya ibarat [bom jangka’ yang boleh meletup bila-bila masa kerana mereka dibarisi pemain hebat.
“Mereka ada Ifedayo (Olesegun) dan Sony Norde yang licik beraksi dan pemain tengah, Adriano (Narcizo) juga memiliki corak permainan konsisten tatkala sering menguasai di posisi tengah.
“Namun kita kena berwaspada kerana mereka tidak berada di posisi dalam saingan liga dan sudah tentu bangkit,” katanya menerusi Arena Metro.
Jangkaan pada perlawanan malam esok pastinya Mora bakal membawa turun kelibat dua penyerang berbisanya iaitu Fernando Forestieri dan Bergson da Silva untuk menggempur kubu pertahanan Melaka United yang dilihat sedikit tempang setelah ketiadaan bekas tonggak, Akmal Zahir setelah pemain tersebut menyertai Kedah Darul Aman (KDA).
2022 MALAYSIA SUPER LEAGUE
Full Time
JDT [4-0] PJ CITY
(Bergson da Silva 23', 64' / Fernando Forestieri 26', 85')More photos at https://t.co/qOFM58OrVt#JDTvPJC#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/uPFpUWJLRd
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 28, 2022
Mora juga pastinya tidak rela rekod tanpa tewas mereka setakat ini dileburkan pasukan lawan dan mahu mengekalkan momentum tersebut dalam pasukan.
Selain itu, beliau juga mengakui ketiadaan Fadhli Shas dan Syazwan Andik merencatkan persiapan pasukannya musim ini apabila JDT memiliki barisan pemain lain yang turut berkaliber.