Jordi Amat Rampas Takhta Pemain Termahal Liga Malaysia 2022 Daripada Fernando Forestieri

Selepas Liga Malaysia (Liga-M) dikejutkan dengan nilai harga penyerang import dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fernando Forestieri yang dianggap sebagai pemain termahal pda awal musim 2022.

Kini sekali lagi kelab tersebut melakar sejarah tersendiri apabila sah menandatangani bekas pertahanan yang pernah beraksi di Sepanyol iaitu Jordi Amat dengan tanda harga RM4.5 juta mendahului Forestieri pada harga perpindahan RM4 juta sebelum itu.

Jordi yang berpengalaman di pentas Eropah dengan mewakili beberapa kelab ternama sebelum itu seperti Espanyol, Rayo Vallecano, Real Betis, serta Swansea itu menjadi pembelian baharu JDT selaku pertahanan mereka dengan tanda harga tersebut menerusi laman sesawang Transfermarkt.

Dengan nilai pasaran tinggi daripada Jordi, secara tidak langsung Liga-M juga bakal menjadi tumpuan pemerhati bola sepak secara positif pada masa akan datang.

Effendi Jagan Abdullah selaku ejen terkemuka negara mengakui perkara yang dibuat JDT itu dilihat sebagai langkah bijak dalam usaha untuk menaikkan lagi mutu bola sepak Malaysia setakat ini.

Jelas beliau, dengan kehadiran lebih ramai pemain bintang ke dalam kancah bola sepak tempatan akan menarik lebih ramai pemain berkualiti selepas ini untuk menyertai kelab-kelab di Malaysia selain mengharumkan nama Liga-M di persada dunia.

“Nilai Jordi itu sememangnya tepat memandangkan dia adalah pemain yang sudah beraksi cukup lama di La Liga dan EPL (Liga Perdana Inggeris).

“Ini langkah bijak daripada JDT kerana ia akan menaikkan nama kelab secara tidak langsung dan juga Liga M, di mana akan lebih ramai pemain dunia mahu mengetahui mengenai Malaysia dan juga JDT.

“Bila ramai pemain ternama mahu datang ke sini (Liga M), penaja luar juga akan bertambah dan mula meninjau peluang untuk menaja.

“Jadi macam saya kata tadi, walaupun JDT ambil pemain berprofil tinggi untuk kelab mereka, tetapi liga kita juga akan dapat tempias kerana semua ini ada rantaian yang berhubung kait antara satu sama lain.

“Jadi saya harap, kelab-kelab lain selain JDT harus bergerak secara profesional seperti yang dilakukan JDT agar liga kita terus berkembang jadi industri yang besar,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

https://twitter.com/izzulftbl/status/1541495810973638659?s=21&t=WikrLO3NPSwJt_dHqmZyoQ

Jordi sah diumumkan selaku pemain pertahanan baru JDT baru-baru ini bersama seorang lagi iaitu Daniel Ting untuk membawa cabaran pasukan dalam pusingan seterusnya saingan ACL di Saitama, Jepun bagi menentang Urawa Reds Diamond.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN