Nama pemain tengah import Kedah, Sanrawat Dechmitr kembali memuncak pada musim ini apabila beliau sah disenaraikan sebagai salah seorang tonggak untuk memperkuat skuad kebangsaan Thailand.
Sanrawat bukan lagi nama asing sebenarnya dalam dunia bola sepak Thailand, apabila beliau sebelum itu telah pun mencipta sensasi pada tahun 2018 dalam saingan Piala AFF.
🇹🇭 Head coach of the Thailand NT, Mano Polking has announced the list of 75 players preparing for the team to attend the AFF Mitsubishi Electric Cup 2022.
❎ Thailand's captain, Chanathip and two Buriram United players, Suphanat Mueanta and Supachai Chaided, is not named. pic.twitter.com/QVk1kKteJN
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 3, 2022
Selepas kali terakhir beraksi di pentas antarabangsa bersama Thailand pada tahun 2019 dalam saingan Piala Asia, nama Sanrawat tidak lagi dipilih untuk membarisi skuad kebangsaan.
Jika diikutkan, prestasi pemain berusia 33 tahun ini masih lagi baik dan kekal aktif bersama beberapa kelab dalam saingan Thai League seperti Bangkok United dan Ratchaburi Mitr Phol.
Malah, rekod beliau sebelum itu bersama Thailand agak menarik apabila beliau pernah tersenarai selaku salah seorang pemain kesebelasan terbaik dalam saingan Piala AFF 2018 bersama tiga pemain negara iaitu Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh, dan Syahmi Safari.
AFF Best XI in AFF Suzuki Cup 2018 – Dang Van Lam, Muhammad Syahmi Safari, Que Ngoc Hai, Muhammad Safuwan Baharuddin, Korrakot Wiriya-Udomsiri, Stephan Shrock, Mohamed Syamer Kutty Abas, Sanrawat Dechmitr, Riko Simanjutah, Norshahrul Idlan Talaha, Nguyen Quang Hai pic.twitter.com/BGrV5yRKdS
— ASEAN Football (@AFFPresse) November 8, 2019
Beliau juga tersenarai sebagai salah seorang tonggak terbaik Asia Tenggara dalam senarai kesebelasan pilihan AFF pada tahun 2019 yng menjadi detik kemuncak kegemilangan Sanrawat di pentas antarabangsa.
Tuah menjadi milik Sanrawat musim ini apabila ketidaan tiga tonggak Thailand untuk aksi Piala AFF iaitu Chanathip Songkrasin, Suphanat Mueanta, dan Supachai Chaided untuk memperkuatkan skuad kendalian Alexandre Polking.
Bersama Kedah Darul Aman (KDA) sebagai status pinjaman, aksi individu yang ditampilkan oleh Sanrawat jelas positif dalam kalangan para penyokong.
Tampil dengan kebolehan mencipta hantaran tepat kepada rakan pemain, kualiti kawalan individu yang bagus, serta kreatif menjadikan Sanrawat sebenarnya sangat istimewa buat KDA sejak pertengahan musim ini.
Kehadiran Sanrawat bagi memperkuatkan bahagian tengah pasukan KDA FC dan akan mengisi slot Asean menggantikan Dennis Buschening yang masih dalam pemulihan kecederaan. Kehadiran beliau bakal diuji seawal malam ini dan akan turut menjadi tonggak saingan Piala AFC hujung bulan ini. pic.twitter.com/m9A7kFyYLH
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 10, 2022
Biarpun secara keseluruhan prestasi KDA agak merosot, namun kehadiran Sanrawat sekurangnya menyelesaikan sedikit isu ketiadaan ‘jeneral perang’ buat pasukan tersebut dalam perlawanan.
Malah kehadiran Sanrawat bersama Mahmoud Al-Mardi jelas disambut positif oleh bekas pengendali KDA iaitu Aidil Sharin Sahak menerusi temu ramah yang dibuat oleh kami sebelum itu.
Jelas Aidil, tampilnya Sanrawat bersama Al-Mardi berjaya untuk memberi impak buat serangan KDA menerusi gaya permainan kedua pemain tersebut yang sangat baik terutama kerika saingan Piala AFC.
Apapun, ini pastinya akan memberi sedikit kegembiraan dalam kalangan penyokong KDA, setelah segalanya tampak agak suram dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), serta tiada seorang pun pemain pasukan tersebut berjaya menambat hati kejurulatihan Harimau Malaya.
SANRAWAT DECHMITR REKOD GOL PERTAMA BERSAMA SANG KENARI
Walaupun aksi semalam diwarnai dengan 7 gol, Sanrawat mencuri perhatian menjaringkan gol kedua Sang Kenari dan merupakan gol pertama beliau bersama KDA FC. pic.twitter.com/eX2xXZcX0U
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 9, 2022
Selain Sanrawat, lima lagi pemain yang beraksi di luar negara turut dipanggil untuk memperkuatkan Thailand iaitu Jonathan khemdee, Nicolas Mickelson, Chayapipat Supunpasuch, Chaowat Veerachat, serta Supachok Sarachat.