Satu masa dahulu Sir Alex Ferguson pernah dipetik sebagai berkata: “Menyerang akan memberi kemenangan kepada pasukan, bertahan akan memberi anda kejuaraan.” Sejauh manakah kebenaran kenyataan bekas pengendali legenda Manchester United ini?
Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal pada malam ini. Kedua-dua pasukan boleh dikatakan mempunyai barisan serangan yang produktif pada musim ini. Selepas 2 pelawnaan, Liverpool dan Arsenal sudah menjaringkan 4 gol.
Bagaimanapun, kelemahan di barisan pertahanan adalah satu isu berat buat kedua-dua buah pasukan.
Bolehkah pasukan yang lemah di bahagian pertahanan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL)?
Jawapannya: Ya. Mereka boleh.
Jentera Serangan vs Barisan Pertahanan
Bukan sesuatu yang mengejutkan jika juara EPL cenderung mempunyai kekuatan di bahagian serangan dan juga pertahanan. Namun kebanyakkan pasukan yang berjaya bergelar juara EPL, adalah lebih bagus di aspek serangan pasukan masing-masing.
Sejak 1995/96, purata jaringan oleh juara EPL ialah di kedudukan 1.45 di kalangan 20 pasukan yang bertanding dan berada di kedudukan 2.41 untuk gol yang dilepaskan secara kiraan purata.
Secara keseluruhan 14 daripada 22 juara lalu mempunyai jentera serangan terkuat di kalangan pasukan yang bertanding pada musim tersebut dan hanya 9 juara lampau yang mempunyai rekod pertahanan terbaik.
Malah Sir Alex merupakan pakar memenangi liga dengan rekod pertahanan yang kurang memberangsagkan, tetapi dibantu oleh jentera serangan Manchester United yang ampuh.
Manchester United merupakan pasukan ke-7 terbaik dari segi pertahanan apabila mereka menjuarai EPL pada musim 1996/97, dengan bolos sebanyak 44 kali. Pada musim yang sama, Blackburn Rovers bolos lebih sedikit gol, namun mengakhiri musim sekadar di kedudukan ke-13.
Sir Alex Ferguson dan Manchester United meneruskan dominasi era EPL dengan corak yang sama. Pada musim 1998/99, United adalah pasukan ke-4 dengan pertahanan terbaik, ke-6 pada musim 1999/00 dan ke-5 pada 2012/13.
Pada setiap musim mereka bergelar juara EPL pada musim-musim tersebut, Manchester United merupakan pasukan yang paling banyak menjaringkan gol berbanding dengan pesaing mereka.
Manchester United dan Sir Alex membuktikan anda tidak memerlukan pasukan yang sempurna untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris!
Season | Champion | Defence rank | Attack rank |
---|---|---|---|
1995/96 | Manchester United | 3 | 1 |
1996/97 | Manchester United | 7 | 1 |
1997/98 | Arsenal | 2 | 3 |
1998/99 | Manchester United | 4 | 1 |
1999/00 | Manchester United | 6 | 1 |
2000/01 | Manchester United | 1 | 1 |
2001/02 | Arsenal | 2 | 2 |
2002/03 | Manchester United | 1 | 2 |
2003/04 | Arsenal | 1 | 1 |
2004/05 | Chelsea | 1 | 2 |
2005/06 | Chelsea | 1 | 1 |
2006/07 | Manchester United | 2 | 1 |
2007/08 | Manchester United | 1 | 1 |
2008/09 | Manchester United | 1 | 2 |
2009/10 | Chelsea | 2 | 1 |
2010/11 | Manchester United | 3 | 1 |
2011/12 | Manchester City | 1 | 1 |
2012/13 | Manchester United | 5 | 1 |
2013/14 | Manchester City | 2 | 1 |
2014/15 | Chelsea | 1 | 2 |
2015/16 | Leicester City | 3 | 3 |
2016/17 | Chelsea | 3 | 2 |
Juara yang sempurna
Hanya ada 5 pasukan yang boleh digelar ‘Juara EPL yang sempurna’ sepanjang 25 tahun usia EPL sejak ia dijenamakan semula.
Juara EPL yang sempurna merujuk kepada pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dan mempunyai rekod pertahanan paling ampuh untuk bergelar juara luga.
Manchester City melakukannya pada musim 2011/12. Begitu juga Manchester United, turut melakukannya 2 kali di era Sir Alex pada musim 2007/08 dan juga pada musim 2000/01.
Chelsea melakukannya pada musim 2005/06 dan Arsenal pada musim gemilang kelab London itu pada musim 2003/04.
Gelaran juara kerana nasib?
Jika kedudukan akhir di carta liga adalah berdasarkan kiraan purata dan perbezaan jumlah jaringan dan bola yang dibolosi, 6 pasukan daripada 22 kejuaraan tidak akan bergelar juara.
Sebagai contoh pada musim 1996/97, Manchester United akan berada di kedudukan ke-4 saingan EPL di belakang juara Arsenal, Liverpool dan juga Newcastle United.
Adakah Manchester United sekadar bernasib baik pada musim 1997/97 untuk dinobatkan sebagai juara liga?
Arsenal juga akan dilucutkan kejuaraan mereka pada 1997/98 dan Manchester United akan bergelar sebagai juara jika perbezaan jaringan diambil kira.
Malah Sir Alex Ferguson tidak akan mengambil keputusan untuk bersara pada penghujung musim 2012/13, memandangkan Manchester United juga tidak layak bergelar juara liga pada musim tersebut. Chelsea akan berada di kedudukan teratas dan diikuti oleh Arsenal sebelum Manchester United jika perbezaan jaringan diambil kira.
Tottengam Hotspur sudah merangkul 2 kejuaraan liga pada dua musim kebelakangan ini jika peraturan sedemikian digunapakai. Malang sekali, itu bukan sistem yang kita ikuti.
Peningkatan jumlah gol
Jumlah purata jaringan pada setiap perlawanan di EPL juga meningkat setiap tahun untuk 3 musim kebelakangan ini. Bagaimanapun purata 2.8 gol yang dijaringkan baru-baru ini masih jauh jika dibandingkan dengan purata 4.7 gol dalam setiap perlawanan yang direkodkan pada musim 1889/90.
Aston Villa menjaringkan 128 gol pada musim 1930/31- terbanyak dalam sejarah liga utama bola sepak Inggeris. Walaupun dengan jumlah jaringan tertinggi, Villa masih menamatkan musim sebagai naib juara di belakang Arsenal yang menjaringkan 127 gol.
Sudah semestinya Arsenal mahu mengulangi sentuhan tajam yang pernah mereka miliki dahulu dalam kunjungan ke Anfield pada malam ini.
Rumusan
Apakah kualiti terpenting untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim 2017/18? Jumlah jaringan tertinggi atau pertahanan terampuh?
Apa pandangan anda?
Sumber:
1. Adam Smith, Sky Sports (2017): Does attack or defence win Premier League titles?; http://www.skysports.com/football/news/11096/11003161/does-attack-or-defence-win-premier-league-titles
2. Alistair Magowan, BBC Sport (2011): Is Premier League defending getting worse?; http://www.bbc.co.uk/blogs/thefootballtacticsblog/2011/10/is_premier_league_defending_ge.html