Kedudukan Slaven Bilic Tergugat, West Ham Intai Rafael Benitez

Posisi Slaven Bilic sebagai pengurus West Ham United akan dinilai kembali selepas kekalahan terbaru menentang Newcastle United, demikian menurut laporan Sky Sports.

Pemilik bersama kelab berkenaan, David Sullivan dan juga David Gold sentiasa berada di belakang pengurus pasukan sebelum ini. Namun selepas 3 kekalahan berturut-turut sejak sepak mula musim 2017/18, pendirian Sullivan dan Gold terhadap Bilic telah berubah.

(Photo by Arfa Griffiths/West Ham United via Getty Images)

Sumber dalaman kelab berkenaan memberitahu Sky Sports bahawa prestasi pasukan ketika tewas 3-0 di St. Jame’s Park pada Sabtu lalu sebagai tidak boleh diterima, dan pemilik kelab turut merasa risau dengan apa yang mereka telah saksikan.

Sky Sports memaklumkan belum ada sebarang keputusan dibuat berkenaan kedudukan Bilic tatkala liga akan berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa. Bagaimanapun ia mungkin akan berubah dalam tempoh beberapa hari yang akan mendatang.

Kedua-dua pemilik West Ham mempertahankan Bilic walaupun selepas melalui musim yang kurang memberangsangkan pada musim lalu. Malah Sullivan dan Gold turut menyokong Bilic di dalam pasaran pemain pada jendela perpindahan musim panas ini dengan kehadiran beberapa muka baharu seperti Joe Hart dan juga Javier Hernandez.

(Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Kini pemilik kelab mulai bimbang bahawa pengendali dari Croatia itu tidak mampu menggunakan potensi sepenuhnya yang terdapat di dalam pasukan.

Bilic masih mempunyai tempoh setahun dalam kontraknya untuk kekal bersama West Ham. Perbincangan untuk melanjutkan kontrak Bilic turut ditangguhkankan pada awal tahun ini selepas beberapa siri keputusan buruk yang dicatat oleh West Ham.

Sullivan dan Gold dikatakan berminat dengan bekas pengendali Liverpool yang juga pengurus Newcastle United, Rafael Benitez. Pengendali dari Sepanyol itu turut meluahkan kekecewaannya kepada media selepas aktiviti Newcastle di pasaran pemain yang kurang aktif.

(Photo by Arfa Griffiths/West Ham United via Getty Image

Benitez dilaporkan hampir dilantik sebagai pengurus di West Ham sebelum pihak pengurusan memilih Bilic pada 2 tahun lepas. Perlantikan Bilic adalah selepas Benitez menerima tawaran untuk ke Real Madrid.

Sky Sport turut melaporkan Benitez mempunyai klausa di dalam kontraknya bersama Newcastle. Kontrak Benitez dilaporkan mempunyai klausa terbusan berjumlah £5 juta.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada cubaan daripada West Ham untuk mengaktifkan klausa berkenaan.

Sumber:

1. Kaveh Solhekol, Sky Sports (2017): Slaven Bilic’s position put under review as West Ham eye Rafael Benitez as successor; http://www.skysports.com/football/news/11685/11008029/slaven-bilics-position-put-under-review-as-west-ham-eye-rafael-benitez-as-successor

Leave a Reply