“Menyamakan Individu Muslim Seperti ‘Tokong’ Sangat Tidak Wajar” – Teguran Hairuddin Omar Buat Sanusi

Hairuddin Omar TMJ

Bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar menegur Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya tentang ‘tokong’ dalam bola sepak Malaysia.

Menerusi akaun Facebook peribadinya, Hairuddin menegaskan seseorang individu tidak sewajarnya diumpamakan dengan tempat ibadat agama tertentu, apatah lagi bagi mereka beragama Islam.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, hantaran tersebut dipercayai merujuk kepada kenyataan Sanusi tempoh hari yang dituju kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Pandangan peribadi aku sebagai individu yg terlibat secara lansung dlm bolasepak Malaysia, aku lebih suka mengambil pendekatan dari sudut yg positif,” kata Hairuddin.

“Sampai bila kita nak menipu diri sendiri dan menyebarkan yang bukan bukan mengenai bola sepak Malaysia untuk menutup keaiban sendiri?

“Cukuplah memberi alasan dan mencari kesalahan orang lain. Kita harus melihat diri sendiri dan memperbaiki diri sendiri untuk majukan kelab masing-masing. Barulah kita boleh memajukan bola sepak negara.

Tambah Hairuddin lagi, JDT telah pun menjadi penanda aras dalam industri bola sepak tempatan selepas bekerja keras memastikan kelab berkenan diuruskan secara profesional.

“Kita sudah pun ada JDT sebagai benchmark dalam industri ini. Kejayaan mereka hasil usaha mereka dalam memperbaiki kelab dari 2013 hingga ke hari ini. Dari segi fasiliti, padang, pengurusan, akademi, gaji on-time dan sebagainya,” ujarnya lagi.

“Mereka dah sampai tahap Asia. Dah buktikan bahawa mereka boleh bersaing kelab-kelab terbaik Korea and Jepun. Kita juga yang untung sebab kejayaan mereka akan membolehkan kelab-kelab lain di Malaysia bermain ACL pada masa hadapan.

“Tapi kita semua perlu meningkatkan lagi usaha supaya dapat bersaing nanti. Jangan dah sampai ACL nanti lepas tu masih nak salahkan orang lain bila tak dapat bersaing dengan kelab kelab besar Asia.

“Menyamakan seseorang individu muslim lain seperti ‘Tokong’ adalah sangat tidak wajar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN