“Khidmat Beliau Amat Diperlukan Di JDT” – KDA FC Ucap Terima Kasih Kepada Syafiq Ahmad

Melalui satu kenyataan sebentar tadi, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengucapkan terima kasih kepada Syafiq Ahmad, selepas pemain itu terpaksa dilepaskan untuk kembali menyertai kelab asalnya JDT.

Pemain penyerang itu sebelum ini menyertai KDA FC pada awal musim ini dengan kontrak pinjaman selama setahun.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, KDA FC berkata pihak kelab amat memahami bahawa khidmat Syafiq amat diperlukan oleh JDT FC.

“Khidmat beliau amat diperlukan di JDT FC selepas beraksi cemerlang bersama KDA FC dengan beberapa gol dihasilkan bertaraf dunia.

“Dengan rekod 2 gol dan beberapa ‘assist’, beliau muncul antara penyerang tempatan yang menonjol musim ini menepati reputasinya sebagai penyerang kebangsaan.

“Kebangkitan Syafiq di awal musim cukup mengujakan dan memberikan petanda bahawa beliau mampu beraksi baik selepas diberi kepercayaan dengan lebih banyak minit permainan untuk membarisi barisan serangan skuad Sang Kenari,” kata kenyataan tersebut.

KDA FC juga mengesahkan telah menerima sepucuk surat daripada JDT yang mahu mengaktifkan klausa membawa kembali pemain itu ke selatan tanah air sebaik sahaja selesai tugasan antarabangsa bersama pasukan negara pada pertengahan Jun ini.

Syafiq adalah antara pemain muda berusia 18 tahun yang mula mencipta nama bersama skuad utama Kedah pada 2013.

Pemain itu kemudiannya mendapat tawaran untuk bersama skuad JDT, dan sejak daripada itu merupakan antara tonggak utama skuad Harimau Malaya sehingga ke hari ini.

Selepas 4 tahun bersama JDT FC, musim 2022 Syafiq dipinjamkan kepada KDA FC.

Kepulangan beliau bukan hanya memberi suntikan positif di bahagian serangan malah turut mendapat sambutan hebat oleh semua penyokong Hijau Kuning.

Tanpa khidmat Syafiq, skuad Sang Kenari pasti pincang di jentera serangan dan terpaksa bergantung harap kepada pemain import, Ronald Ngah dan penyerang muda Afeeq Ikmal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN