‘Menuju Kuasa Besar Asia’ – Benam Ulsan Hyundai Bukti JDT Di Landasan Tepat

JDT Asia

Dua kemenangan dalam dua perlawanan pertama, ia adalah petanda positif buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Apatah lagi kedua-dua kemenangan yang diraih adalah berdepan dengan Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai, dua pasukan yang pernah muncul juara pertandingan elit benua Asia.

Meskipun masih ada empat perlawanan berbaki untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya, pastinya tidak salah untuk meletakkan harapan yang tinggi ke atas skuad kendalian Benjamin Mora berdasarkan peningkatan ketara yang telah ditampilkan mereka sejak awal musim ini.

‘JDT Pembunuh Sang Gergasi Asia’- 4 Perkara Daripada Kemenangan Bergaya JDT Tewaskan Ulsan Hyundai

Beberapa musim ‘menimba pengalaman’ beraksi di pentas ACL dan masih gagal untuk mara ke peringkat kalah mati, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sudah tentu tidak mahu kelab miliknya itu terus sekadar menjadi pasukan pelengkap dalam kejohanan berprestij tersebut.

Harimau terluka yang mahu bangkit

Pada penghujung musim lalu selepas tewas kepada Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, TMJ mengakui pasukannya mungkin sudah terlalu selesa berada pada tahap yang sama dan kekalahan tersebut menjadikan beliau lebih bermotivasi untuk musim seterusnya.

“A wounded Tiger is always eager to bounce back (harimau yang luka akan kembali mengaum),” ujarnya.

Kata-kata beliau itu dibuktikan dengan pelaburan yang dibuat sejak awal musim ini. Selain meneruskan tradisi menjalani latihan pra-musim di Timur Tengah, JDT juga berbelanja besar dengan membawa masuk beberapa pemain baharu berprofil tinggi.

Keputusan seri 1-1 aksi JDT berdepan dengan kelab gergasi Rusia, Spartak Moscow dalam aksi persabahatan terakhir pra-musim yang berlangsung di Dubai merupakan satu petanda awal kepada kebangkitan mereka.

Kemampuan JDT Ikat Kelab Gergasi Rusia Spartak Moscow Pencapaian Luar Biasa

JDT semakin hampiri status elit Asia

Selepas ada mulut-mulut yang memandang enteng kejayaan menewaskan ‘budak-budak’ Guangzhou FC tempoh hari, mungkin para pengkritik sudah mula terdiam melihat kejayaan JDT menewaskan Ulsan Hyundai yang dibarisi oleh deretan pemain bintang.

Pastinya bukan mudah berdepan dengan kelab elit yang bukan sahaja terbaik dalam sejarah boleh sepak Korea Selatan dengan pelbagai kejuaraan domestik, malah pasukan tersebu juga merupakan nama besar dalam saingan ACL sejak beberapa dekad yang lalu.

Apa yang pasti, kita tidak melihat JDT bermain dengan taktikal ‘park the bus’ atau bertahan, sebaliknya sejak awal permainan lagi, skuad kendalian Benjamin Mora ini telah mempamerkan corak permainan yang menarik untuk dinikmati oleh penyokong terutamanya mereka yang hadir ke stadium.

Jika diimbas semula perjalanan JDT sejak diambil alih oleh TMJ sejak sedekat lalu, pencapaian pada hari ini bukanlah hadir dengan sekelip mata, tetapi ia diraih secara berperingkat.

Setiap pelaburan untuk menaik taraf kemudahan dan fasiliti terutamanya gelanggang latihan serta pusat pemulihan telah menuaikan hasil yang dimahukan. Ia seiring dengan jadual perlawanan yang dapat dan corak latihan intensiti tinggi yang diterapkan.

Setiap fikiran pemain telah ditanam dengan mentaliti juara, iaitu tidak berada pada tahap yang sama. Untuk beraksi bersama pasukan terbaik, anda perlu menjadi pemain terbaik untuk diturunkan pada setiap perlawanan.

Kejayaan JDT ini telah membuktikan bahawa setiap pelaburan yang betul akan memberikan hasil yang dimahukan. Apa yang penting adalah percaya kepada proses.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN