Menteri Kesihatan Minta Kelab EPL Potong Gaji Pemain, Bukan Pekerja

EPL

Menteri Kesihatan British, Matt Hancock menggesa pemain bola sepak ternama terutamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) membuat potongan gaji dan memainkan peranan penting dalam usaha semua pihak memerangi pandemik wabak coronavirus (COVID-19) di negara itu.

Antara topik hangat yang diperdebatkan adalah mengenai gaji mingguan yang diterima pemain-pemain bintang jauh lebih besar daripada purata pendapatan tahunan rakyat British.

Maka ramai pihak yang mempertikaikan tindakan sebahagian kelab yang bertindak memotong gaji pekerja kelab (yang bukan pemain) dan memohon skim bantuan pengekalan pekerjaan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

“Saya rasa semua pihak perlu memainkan peranan mereka dalam membantu usaha kerajaan dan ini juga melibatkan pemain EPL,” ujar Hancock yang turut mengingatkan mengenai pengorbanan pekerja barisan hadapan di perkhidmatan kesihatan.

“Perkara pertama yang pemain EPL boleh lakukan adalah menyumbang dengan memotong gaji. Ia boleh digunakan oleh pihak kelab untuk membayar pekerja-pekerja mereka.

Seorang pemimpin Parti Konservatif, Julian Knight yang mempengerusikan Jawatankuasa Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan (DCMS) telah menulis surat kepada Menteri Kewangan Rishi Sunak supaya segera bertindak.

“Kita sedang berdepan dengan situasi di mana pemain-pemain ternama yang sekarang ini tidak bekerja [kerana liga dihentikan] terus menerima gaji yang beribu-ribu ringgit seminggu sementara staf atau pekerja kelab pula kini kehilangan gaji mereka.

“Sekiranya EPL tidak menyelesaikan krisis ini, maka pihak kerajaaan perlu bertindak dengan mengenakan penalti atau cukai tambahan kepada kelab-kelab untuk menampung semula pampasan yang kerajaan terpaksa keluarkan.”

Knight turut mencadangkan Selasa ini sebagai tarikh akhir untuk semua kelab “melakukan perkara yang betul atau berdepan dengan tindakan”.

Setakat ini semua pertandingan bola sepak di England telah digantung sehinga 30 April dengan segelintir pasukan-pasukan EPL mengarahkan pekerja mereka bercuti tanpa gaji.

Bagaimanapun  laporan Sky News mengatakan, terdapat beberapa pemain senior yang mencadangkan supaya semua kelab bersetuju dengan pemotongan sehingga 25 peratus daripada gaji mereka.

Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pula berkata, ia bergantung kepada perbincangan dan persetujuan dengan pihak EPL dan mereka sedar mengenai sentimen awam mengenai isu berkenaan.

Sementara itu, bekas penyerang England dan Tottenham Hotspur, Gary Lineker agak kurang senang apabila melihat pihak kerajaan hanya mensasarkan pemain bola sepak yang bergaji tinggi.

Beliau yang telah menyumbangkan dua bulan gajinya sebagai pengulas BBC kepada Persatuan Palang Merah British berkata, mereka yang juga menerima pendapatan yang tinggi seperti jutawan dan pengarah-pengarah syarikat besar juga perlu diberi perhatian, bukan hanya pemain bola sepak sahaja.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai EPL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN