Menteri Belia Dan Sukan Mahu FAM Cipta Penanda Aras Baharu

Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Dato’ Sri Rizal Merican Naina Merican telah menerima kunjungan hormat oleh deligasi dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin di Pejabat Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya pada Selasa.

Hamidin turut disertai oleh dua Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, dua Naib Presiden, Dato’ Ab Ghani Hassan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MFL dan Datuk Haji Rosmadi Ismail serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam, 

Dalam pertemuan tersebut telah dibincangkan mengenai kerjasama dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), projek Kompleks Latihan Pasukan Kebangsaan di Putrajaya, ibu pejabat baharu FAM di lokasi yang sama, projek naturalisasi, pengadil profesional dan kempen #Respect.

“Hasil kunjungan hormat ini menyaksikan
Dato’ Sri Reezal menyambut baik kehadiran FAM sambil membincangkan prospek pasukan kebangsaan, hubungan FAM dengan ahli gabungan dan kaedah terbaik mempromosi bola sepak wanita.

“KBS dilihat komited dalam menyokong pelan jangka panjang yang direncanakan FAM menerusi peta hala tuju F:30 malah kami juga berbincang mengenai situasi kewangan dan penjanaan pendapatan FAM.

“Dalam pada itu, pertemuan ini juga membincangkan mengenai situasi semasa membabitkan penularan wabak COVID-19 terutama dalam merencana jadual akan datang sukan bola sepak tempatan,” kata Datuk Haji Hamidin.

Sementara itu, Reezal pula menggesa agar FAM berusaha mencipta penanda aras baharu bagi mengangkat bola sepak negara ke satu tahap yang lebih tinggi dan mampu mencipta gelombang baharu dalam membangunakan bola sepak di semua peringkat.

Beliau turut memuji FAM yang disifatkan mempunyai perancangan yang cukup komprehensif.

Kredit Foto: FAM

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Dato’ Sri Reezal dan FAM:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN