‘Mentaliti Juara?’ – Pemain Selangor FC Tetap ‘Makan Maki’ Penyokong Sendiri Walaupun Menang Bergaya

Barisan pemain The Red Giants tetap menjadi mangsa kecaman dan makian penyokong sendiri walau pun merekodkan kemenangan besar 4-1 ke atas Kedah Darul Aman FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Stadium MBPJ) di saingan Liga Super pada malam tadi.

Selangor jelas bernafsu dalam perlawanan pada malam tadi apabila mendahui 2-0 pada babak pertama perlawanan hasil jaringan Mukhairi Ajmal (minit ke-26) dan penyerang import, Herlison Caion (minit ke-34).

Skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu terus melebarkan kedudukan hasil jaringan Nor Hakim Hassan (minit ke-84), sebelum Caion menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini (minit ke-87) untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Kedah yang sebelum ini merekodkan 100% kemenangan daripada tiga perlawanan lalu bagaimana pun berjaya menghasilkan gol saguhati pada babak akhir perlawanan melalui jaringan Fayadh Zulkifli.

Kemenangan 4-1 itu menyaksikan Selangor berjaya merekodkan kemenangan pertama pada musim ini selepas sekadar seri dua perlawanan sebelum itu.

Kejayaan menewaskan Kedah bermakna Selangor kini menduduki tangga ke-5 kedudukan Liga Super Malaysia selepas melalui tiga perlawanan.

Mentaliti juara?

Di sebalik kemenangan besar ke atas salah sebuah pasukan utama di dalam saingan Liga Super pada musim ini, ia jelas tidak cukup memuaskan segelintir penyokong Selangor yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Berdasarkan video yang menjadi tular di media sosial, segelintir penyokong dilihat berkonfrontasi dengan kapten pasukan, Safuwan Baharudin dan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid selepas tamat perlawanan.

Berdasarkan rakaman, seorang penyokong daripada kalangan kumpulan penyokong garis keras UltraSel kedengaran memarahi kapten pasukan Selangor itu kerana kecenderungan pasukan yang begitu mudah dibolosi lawan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen khususnya daripada kalangan penyokong Selangor.

https://twitter.com/rudyakhbar_/status/1513276840651091971

Ada yang berpendapat penyokong tersebut tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kasar sebegitu kerana pemain juga mempunyai perasaan.

Ada juga yang berpendapat penyokong sendiri harus menukar mentaliti untuk tidak menjatuhkan moral penyokong yang berjuang mati-matian di atas padang.

Di dalam situasi di atas, penyokong itu mungkin berharap Selangor menampilkan aksi lebih konsisten sepanjang pertandingan Liga Super dan tidak terbuai-buai hanya selepas merekodkan satu kemenangan – khususnya di bahagian benteng yang begitu mudah dibocori.

Episod penyokong melampaui batas terhadap pemain di dalam bola sepak Malaysia sebenarnya bukan perkara baharu.

Persoalannya sekarang, perlukah penyokong lebih beretika ketika memberikan sokongan kepada pasukan yang mereka sokong?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN