‘Dengarkanlah…’ – Vidic Minta Rangnick Gugurkan Maguire

Maguire Rangnick

Mungkin geram melihat prestasi buruk Manchester United, bekas pemain pertahanan kelab tersebut Nemanja Vidic menggesa agar pengurus interim, Ralf Rangnick agar merehatkan kapten pasukan Harry Maguire yang tidak berada pada tahap terbaiknya ketika ini.

Maguire tiba di Old Trafford selepas melengkapkan perpindahan dari Leicester City selaku pemain pertahanan termahal dunia dengan tag harga bernilai £80 juta pada musim panas 2019.

United tewas 1-0 kepada Everton pada Sabtu lalu dengan jaringan tunggal Anthony Gordon terhasil dari rembatan yang terbiasa pada Maguire dan melepasi jangkauan David de Gea.

Kekalahan itu membuatkan sasaran United untuk memburu empat kedudukan teratas semakin sukar selepas ketinggalan enam mata di belakang Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat.

Hadir dengan reputasi besar, perjalanan Rangnick di United nampaknya tidak seperti yang diharapkan apabila menjadi pengurus yang mempunyai peratusan kemenangan EPL paling buruk dalam sejarah iaitu hanya 47 peratus sahaja.

Tetapi yang paling teruk menjadi sasaran kecaman adalah Maguire. Maka Vidic percaya, untuk mengembalikan tahap keyakinan pemain pertahanan England tersebut adalah merehatkannya buat sementara waktu.

“Semua pemain akan berdepan masalah prestasi pada satu ketika dalam karier mereka. Saya juga begitu dan jelas Maguire tidak berada pada tahap terbaiknya musim ini,” ujar Vidic kepada beIN Sports.

“Jadi saya rasa kam boleh lakukan beberapa perkara dan salah satu daripadanya adalah tidak bermain setiap perlawanan ketika kamu sedang kembali mendapatkan tahap keyaknan dan prestasi terbaik.

“Jurulatih boleh menurunkannya dalam perlawanan yang lebih mudah dalam beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan rehatkannya ketika perlawanan menentang lawan yang sukar.

“Pemain perlu merasa mereka di tahap terbaik dan cukup kuat untuk berada di atas padang semula, jangan turunkanmereka ketika mereka rasa tidak berkeyakinan.

“Ia sukat untuk beraksi dengan baik apabila kami berada di bawah tekanan kerana orang hanya menunggu kami melakukan kesilapan. Awak tanya perkara ini dan jawapan saya adalah dari sudut pandang seorang jurulatih.”

Maguire menjadi pemain ketiga dengan pemain paling banyak diturunkan pada musim ini iaitu 26 penampilan di belakang De Gea (31) dan Bruno Fernandes (29).

“Bukanlah satu masalah sekiranya seseorang pemain secara jujur memberitahu jurulatih bahawa dia tidak merasa yakin untuk bermain,” tambah Vidic lagi.

“Dia boleh cakap kepada jurulatih: ‘Berikan saya rehat, saya perlukan beberapa minggu untuk berlatih dan dapatkan semula keyakinan dan kemudian bermain semula’.

“Saya sendiri pun pernah berdepan dengan beberapa perlawanan yang teruk dan saya perlukan ruang untuk dapatkan semula tahap terbaik dan menjadi pemain yang lebih baik selepas itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN