Pernahkan anda terfikir kepentingan peranan deep lying playmaker dalam sistem 4-1-4-1?
Formasi 4-1-4-1 bukanlah formasi yang mudah untuk dimainkan jika tidak ada kefahaman dan kerajinan yang tinggi oleh pemain.
Banyak faktor harus diambil kira termasuk, dinamika sesebuah pasukan, kesedaran taktikal (tactical awareness) oleh pemain dan juga etika kerja di dalam padang.
4-1-4-1 bukan formasi untuk pasukan yang memiliki kadar kerja (work rate) yang sederhana ataupun rendah. Ia adalah formasi untuk pasukan yang rajin dengan kadar kerja yang tinggi.
Minggu lalu kita melihat kepayahan skuad Baddrol Bakthiar memainkan peranan ini tempoh hari dalam formasi 4-1-4-1 ketika menentang Singapura.
Jadi, saya membuat analisis ringkas tentang peranan deep lying playmaker ataupun no.6 di dalam sistem 4-1-4-1 berpandukan sistem Bayern Munich (di bawah Guardiola) dan Borussia Dortmund (Thomas Tuchel).
Bukan mudah untuk pemain yang tipikal deep lying playmaker untuk beraksi dalam sistem pivot tunggal ini.
Apa Itu Deep Lying Playmaker?
Deep lying playmaker merujuk kepada pemain yang memiliki kemampuan mengolah corak permainan dari organisasi paling bawah (deep) dalam organisasi bahagian tengah.
Mereka adalah pemain yang paling aktif terlibat dengan bola, transisi pasukan dan juga melakukan hantaran ke semua arah.
Mereka biasanya memiliki visi dan kualiti hantaran yang tinggi. Pemain yang biasanya muncul dalam kepala kita adalah Pirlo dan Xabi Alonso.
Model 4-1-4-1 Guardiola
Pep Guardiola pernah menggunakan sistem ini di Bayern Munich walaupun dia lebih menggemari formasi 4-2-3-1. Namun harus diingat, beliau adalah Guardiola dan kegilaan kepada formasi bola sepak adalah luar biasa.
Kenapa Pep memilih 4-1-4-1?
Pep menjadikan 4-1-4-1 sebagai platform asas yang akan membentuk transisi formasi lain dengan mudah ketika menyerang.
Ia boleh menjana formasi seperti 3-2-5 ataupun 2-3-5. Model yang sama dapat dilihat ketika di Manchester City. Ia bukan formasi yang statik sepanjang perlawanan.
Dalam sistem ini, Pep Guardiola pernah menggunakan Xabi Alonso, Arturo Vidal, Phillip Lahm dan Joshua Kimmich sebagai pemain no.6 dalam sistem ini.
Dalam pasukan Manchester City pula, pemain seperti Fernando dan Fernandinho adalah pemain yang menjadi pilihan utama dalam sistem ini.
Thomas Tuchel Dan BvB Musim 20176/17
Pada musim ini, Tuchel antara pengurus yang menggemari formasi ini. Beliau menjadikan Weigl pivot tunggal dalam sistem ini.
Mereka berjaya mewujudkan bola sepak yang cair dan lancar. Anda pasti masih ingat aksi dominan Tuchel dalam perlawanan UCL menentang Real Madrid bulan lalu.
Bagaimana no.6 beroperasi dalam sistem 4-1-4-1 Guardiola Dan Tuchel? Model analisis kali ini adalah untuk Bayern Munich dan Borussia Dortmund berdasarkan 3 aspek utama.
1. Hantaran
Ini adalah peranan penting untuk memastikan hantaran-hantaran yang tajam tepat ke arah pemain di barisan serangan. Ini adalah aktiviti utama mereka berbanding dengan aksi fizikal dan skil dengan bola.
Mereka biasanya memiliki kemampuan untuk melakukan hantaran panjang diogonal yang tajam. Tumpuan utama mereka adalah memecahkan (unlock) pertahanan lawan dengan visi dalam kadar yang segera atau dengan hantaran Hollywood.
Dalam pasukan Dortmund musim ini, Julian Weigl setakat ini melakukan purata hataran tepat 92.5%. Purata peratusan hantaran beliau dalam UCL setakat ini adalah 95.9%.
Visi untuk pemain yang bermain deep lying playmaker hendaklah tinggi. Mereka juga harus memiliki kemampuan untuk menyimpan bola di kaki.
Seperkara lagi yang penting adalah mereka harus ada keputusan yang awal sebelum menerima bola tentang ke mana bola akan dihantar.
Model di bawah ini adalah ketika Arturo Vidal bermain di peranan deep lying playmaker ketika Bayern dalam bentuk 4-1-4-1.
Vidal ada 2 titik hantaran utama iaitu ke kawasan sayap kanan ataupun kiri. Posisi Vidal itu penting untuk anda perhatikan kerana ia memang ideal untuk melancarkan hantaran jauh ke 2 titik di sayap.
Dalam keadaan ini, jika Vidal merasakan beliau tidak mampu melakukan hantaran, dia akan pergi ke pilihan lain di sekitar beliau atapun hantar ke belakang kepada Neuer.
Dalam kes di bawah, vidal pergi ke pemain di tengah.
Apa yang kita pelajari adalah, tujuan ke mana bola akan dihantar sudah ada dalam pelan taktikal yang lengkap untuk mereka ikuti. Mereka perlu ada keinginan untuk menerima bola dan menghantar segera.
Anda mesti pernah melihat bagaimana Xabi Alonso akan menghantar bola ke rakan berdekatan dan menerima semula bola itu semula dan menghantar dengan hantaran jauh.
Ini kerana Xabi kadangkala tidak terlalu bagus dalam memegang bola terlalu lama berbanding dengan Vidal ataupun Paul Pogba.
2. Bertahan
Satu aspek yang penting untuk deep lying playmaker atau no.6 dalam sistem 4-1-4-1 adalah kemampuan untuk mentafsir ruang ketika bertahan.
Anda pasti teringat akan cara Makelele beroperasi di no.6. Namun Makelele banyak beraksi dalam sistem yang ada no.6 berkembar (the double six).
Beberapa minggu lalu kita melihat kesukaran tipikal pemain tengah bertahan yang biasa bermain dengan pivot kembar seperti Kante apabila bermain dalam 4-1-4-1 Chelsea.
Merujuk kepada model Thomas Tuchel, saya mendapati Weigl banyak bermain dengan ruang dan memastikan beliau sentiasa ada jarak yang sesuai dalam membendung serangan balas lawan.
Lihat contoh di bawah. Weigl tidak terburu-buru untuk mara ke hadapan. Dia mahu memastikan ada lebih ‘jaminan’ untuk pasukan mereka tidak kehilangan bola.
Weigl memastikan jarak bola dengan beliau tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh.
Ketika BvB kehilangan bola, anda akan lihat di bawah Julian Weigl ada jarak yang sesuai untuk mengejar (track back) ancaman tersebut.
Apa yang boleh kita pelajari adalah, anda tidak perlu bermain terlalu fizikal sebagai deep lying playmaker. Paling penting adalah kemampuan untuk mengawal ruang dengan berkesan.
3. Serangan
Dalam perenggan di atas saya menjelaskan bagaiman mereka merancag serangan secara hantaran. Dalam perkara ke-2 saya menjelaskan kemampuan mereka untuk memastikan jarak yang sesuai setiap masa.
Ketika menyerang, amat penting untuk mereka berada di garis tekanan (pressing line) yang betul dalam keadaan yang betul.
Tugas mereka lebih kepada membantu barisan serangan sekiranya pasukan mahu mengisi (overload) bahagian serangan dengan lebih ramai pemain.
Untuk taktikal yang lebih statik dan kurang progresif, biasanya deep lying playmaker tidak terlibat di garisan terlalu tinggi.
Rumusan
Deep lying playmaker ada tugas yang lebih berat dalam formaasi 4-1-4-1 berbanding dengan formasi lain.
Pmain perlu ada kemampuan untuk memahami tujuan utama mereka di dalam kerangkan sistem terutama sekali aspek seperti arah utama hantaran mereka.
Oleh itu mereka juga harus ada kefahaman taktikal yang tinggi dalam aspek seperti ruang dan sokongan kepada rakan.
Mustahak juga untuk jurulatih menyediakan pelan taktikal yang difahami oleh semua pemain terutama pemain tengah berempat di atas pivot.
Biasanya jurulatih akan membekalkan pemain yang ada kemampuan turun naik (pemain tengah kotak ke kotak) untuk membantu mereka.
Jika tidak, pemain deep lying ini akan menghadapi masalah untuk mengawal ruang terlalu besar di kiri dan kanan.