Mengimbau Kisah Juventus Dan Calciopoli-Bahagian 2: Era Serie B Dan Kebangkitan Untuk Menjadi Kuasa Eropah Sekali Lagi

Fasa Revival Juventus Daripada Calciopoli

Bintang Bintang Yang Setia

Memang agak mustahil untuk Juventus mengekalkan bintang-bintang mereka dengan status Serie B dan juga kedudukan kewangan mereka yang terhad.

Zlatan Ibrahimovic, Patrick Vieira, Emerson, Adrian Mutu, Gianluca Zambrotta dan Lilian Thuram di antara nama-nama yang angkat kaki ke kelab lain.

Di sebalik pemergian nama-nama besar di atas, ada berberapa butir bintang mahu terus mahu kekal di Juventus.

Bintang terkemuka seperti Alessandro Del Piero, Gianluigi Buffon, Pavel Nedved, David Trezeguet dan Mauro Camoranesi kekal setia kepada Juventus dan mereka menerima pemotongan gaji demi kelab yang mereka sayang.

frosinone juventus esultanza gruppo del piero

Nama nama ini dengan mudah boleh melobi untuk berhijrah ke kelab lain, tetapi memilih untuk kekal dan berjuang bersama-sama kelab dan penyokong untuk mengembalikan maruah kelab yang tercemar

Ketika Alessandro Del Piero ditanya wartawan, kenapa beliau memilih untuk kekal bersama-sama dengan Juventus? Sedangkan berpuluh tawaran lumayan di luar sana untuk pemain licik ini.

Mr. Juventus ini menjawab:

“A true gentleman never leaves his lady.”

Lady adalah ironik kepada The Old Lady atau La Vecchia Signora.

0603D8A60000044D-3109126-image-a-12_1433330976569

Serie B

Perlawanan pertama Juventus bukan liga utama adalah di Rimini, dan mereka cuma mampu seri 1-1. Juventus dilihat tidak selesa secara mentaliti untuk perlawanan ini dengan tekanan oleh media dan perhatian daripada pengikut bolasepak Itali.

126378sin-titulo-8jpg

Alessandro Del Piero sendiri beralasan mereka janggal dengan kualiti padang dan saiz padang yang rasa macam ‘pelik’ dan lebih kecil serta sesak.

Rimini-juve2

Ia mungkin kerana masalah tekanan mental yang agak kuat apabila Juve kini harus menerima hakikat mereka adalah pasukan di Serie B.

The Bianconeri bagaimanapun pulih dengan segera dan memenangi lapan perlawanan berikutnya dengan menjaringkan 16 gol dan bolos hanya sekali dalam tempoh tersebut.

Embed from Getty Images

Ia diakhiri dengan keputusan seri dengan Napoli yang menjadi satu reality check kepada mereka bahawa mereka tak terlalu immortal di Serie B.

Tekanan Mental

Dalam berberapa perlawanan awal mereka, para pemain seakan akan terlalu tertekan untuk memenangi perlawanan mungkin kerana ego. Pemain mereka mulai banyak merungut dan emosi.

Mereka lebih banyak mempertikaikan pengadil berbanding fokus kepada taktikal yang dirancang di pusat latihan. Mereka turut mengutip lapan kad merah sepanjang musim tersebut, termasuk yang pertama dalam kerjaya Buffon.

Embed from Getty Images

Jadi, tugas Deschamps sangat sukar kerana beliau perlu bekerja untuk memperbaiki mentaliti pemain terlebih dahulu sebelum memikirkan soal taktikal.

Kelab Serie B yang pertama mengalahkan Juventus adalah Mantova, dengan 1-0 pada 13 Januari 2007, matchday 18. Ego Juventus tercabar dan bandar Turin bergelap.

c5ddfa37-e3ac-4930-8fc0-0bb21c5de800

Kekalahan yang diingati Juventus sebagai antara kekalahan terburuk dalam sejarah kelab. Robert Kovac dan Buffon antara yang paling mengingati gol Montova. Gol yang deflected pada Kovac dan gagal diselamatkan Buffon.

Kini, kempen untuk memenangi promosi dalam sekali cubaan kelihatan jauh lebih sukar daripada sangkaan. Juventus seri sepuluh perlawanan dalam awal kempen mereka, kerana banyak pasukan yang menentang mereka akan ‘parking’ bas.

Embed from Getty Images

Kekalahan di tangan Brescia pada matchday ke-26 menyebabkan Juventus sedikit tersasar daripada mengawal takdir kejuaraan mereka dengan defisit mata yang dipotong.

Mereka mulai diejek dan di ‘boo’ oleh berberapa seksyen penyokong di Delle Alpi kerana Juventus gagal memberikan persembahan yang memenuhi harapan tinggi penyokong.

Kembali ke Serie A

download (1)

Juventus akhirnya memenangi promosi ke Serie A selepas rentak tanpa kalah dalam 14 perlawanan selepas itu.

buffon-serie-b

Juventus meraikan promosi ke Liga utama dengan baki tiga perlawanan lagi setelah kemenangan besar 5-1 di Arezzo. Pesta di jalanraya Turin pun kembali.

Embed from Getty Images

Krisis Di Belakang Tadbir, Deschamps Letak Jawatan & Protes Trazeguet.

juventus_to110407spo_0081

Namun di sebalik kejayaan itu ketika bulan-bulan terakhir di Serie B ada sedikit ceeita kurang enak apabila telah berlaku perbalahan dalaman di antara kakitangan utama kelab.

Didier Deschamps, jurulatih yang sangat komited dalam usaha mengembalikan kegemilangan Juventus, telah meletak jawatan sejurus selepas Juventus menang promosi. Beliau dikatakan bertengkar dengan Pengarah Bola Sepak Juventus ketika itu, Alessio Secco.

Giancarlo Corradini, penolong Deschamps, mengambil alih untuk dua perlawanan akhir, dan Juventus tewas dalam kedua-dua perlawanan yang memalukan di tangan Bari dan Spezia.

Embed from Getty Images

Mujurlah mereka sudah pun layak ke Serie A. Sementara itu, penyerang Trezeguet juga bertelagah dengan pengurusan dan menunjukkan kekecewaannya apabila meraikan gol dengan cara yang mengejek pengurusan.

Ia juga dikatakan antara punca kenapa Trazeguet kemudian dilepaskan kelab pada musim berikutnya. Agak sedih, kerana sebelum ini beliau menolak tawaran daripada Liverpool dan Manchester United untuk kekal di Juventus.

david-trezeguet-juventus-2007-2008_7llrq43rwex51jnoj5uqd7y9b

Pendek kata, kesan penurunan ke Serie B mulai ketara pada akhir musim kerana, pengurus dan berberapa bintang yang setia merasakan diri mereka tidak dihargai.

Deschamps dikatakan mendapat tahu Juventus mungkin akan menggantikan beliau pada musim akan datang. Deschamps pada ketika itu hanyalah jurulatih muda yang meningkat naik.

Trazeguet pula kecewa kerana pengurusan tidak ada tanda tanda untuk memberikan kontrak baru. Sedangkan sebelum ini beliau sanggup dipotong gaji dipotong dan tidak menolak tawaran daripada kelab kelab besar yang lain.

Trazeguet kecewa kerana kontrak beliau dan berberapa pemain lain yang berhak untuk merasai era Serie A musim akan datang mungkin tidak akan disambung dan juga dijual.

Era Kembali Semula ke Serie A

Apabila kembali semula ke Serie A pada musim 2007/2008, kelab ini hampir lumpuh, pengurusan seakan akan tidak cukup kaliber untuk membina semula empayar Juventus dengan lebih sistematik.

Mereka mahukan kejuaraan segera dan seolah-olah tidak ada visi yang jelas. Wang banyak dibazirkan ke atas pemain yang salah, dan akhirya gagal memberikan sumbangan menepati tag harga mereka.

Walaubagaimanapun, Claudio Ranieri masih berjaya mengemudi kelab itu menduduki tempat ketiga, dengan kejayaan menempah slot ke Liga Juara-Juara Eropah yang penting untuk dana membina semula empayar mereka.

ClaudioRanieri2

Peritnya kemudian mereka berada di tempat ketujuh pada 2 musim berikutnya dan ia yang terendah sejak 1999. Ia diikuti kekalahan di tangan Fulham di Liga Europa 2010.

Era Agnelli dan Fasa Juventus Baru

Andrea Agnelli merampas kuasa sebagai presiden dan melantik Giuseppe Marotta untuk menyelia tadbir jabatan bola sepak Juventus. Marotta kemudian melantik tactician muda Antonio Conte sebagai pengurus.

112510_heroa

Peminat Juventus pada awalnya tidak meggemari perlantikan ini dan mereka mahukan jurulatih yang lebih kaliber seperti mana Fabio Capello dan Carlo Ancelotti pada satu ketika dahulu. Ada juga yang mahukan Didier Deschamps dipanggil semula.

ccc

Conte mengejutkan ramai pihak dan memberikan inspirasi kepada Juventus. Sentuhan pertama beliau, Conte dan Juventus memenangi Scudetto tanpa tewas sebarang perlawanan pada musim 2011-12.

antonio-conte-juventus-serie-a_3420856

Tiada pasukan yang pernah melakukannya sebelum ini di Serie A. Ia menjadi petanda jelas, kini mereka memiliki seorang pengurus yang tepat dan genius.

Kegemilangan Beterusan

Conte meninggalkan Juventus pada 2014 dan digantikan oleh bekas pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri. Seperti Conte, penyokong Juventus tetap tidak yakin pada awalnya dengan perlantikan Allegri ini.

Namun kali ini barisan Sporting Director mereka mahu membuktikan sekali lagi bahawa mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan.

Allegri membawa Juventus mara sehingga ke final Liga Juara-Juara Eropah pada 2015 membuktikan sejauh mana Juventus telah melupakan sejarah hitam Calciopoli.

Dominasi Juventus di Itali dalam tempoh setengah dekad ini membolehkan mereka memenangi lima gelaran Serie A berturut-turut sejak 2011/2012., lantas mengembalikan semula hegemoni lama mereka di Turin pada satu ketika dahulu.

Soccer: Serie A; Juventus-Sampdoria

Juventus kini menjadi lebih digeruni dan lebih dihormati. Sudah ada 32 kejuaraan Scudetto di kabinet trofi mereka setakat ini.

Sejak 2011, Old Lady cuma merasai 15 kekalahan sahaja dalam perlawanan kompetitif sehingga ke hari ini. Kelab ini mempunyai kadar peratusan kemenangan 72.6 peratus dan meletakkan kelab itu di kalangan pasukan elit Eropah sekali lagi.

Turin akhirnya destinasi untuk pemain berkelas dunia sekali lagi, dan Itali mendapat manfaat dengan mempunyai sekurang-kurangnya satu kelab yang sangat kompetitif untuk bersaing dalam pertandingan Eropah.

Sebelum ini, kelab-kelab Serie A yang kurang digeruni seperti sebelum skandal calciopoli.

Hari ini adalah Era emas baru hasil kerja keras semua pemain, pengerusi, pengarah sukan dan pengurus yang komited menaikkan nama Juventus sejak calciopoli. Ia adalah satu perjalanan yang sukar dan jauh oleh Juventus.

Mereka berjaya memiliki stadium yang menggunakan nama kelab mereka. Juventus baru sahaja menjual pemain termahal dunia kurang 72 jam yang lalu, ketika artikel ini ditulis.

Inspirasi Dari Kisah Juventus

Apa yang kita boleh pelajari adalah bagaimana komitmen orang orang seperti Del Piero, Buffon, Nevded , Trazeguet, dan Deschamp telah membantu kelab bangkit. Dan bagaimana pengurusan hampir melakukan kesilapan pada awal era kepulangan semula mereka ke Serie A.

Namun orang seperti Andrea Agnelli telah menyelamatkan kelab ini dan melantik orang yang betul di kejurulatihan dan pentadbiran.

Pada hari ini, Juventus adalah kuasa besar bolasepak Eropah sekali lagi.

Baca juga: Mengimbau Kisah Juventus Dan Calciopoli- Bahagian 1: Kejatuhan Empayar Turin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN