Menggunakan Laman Sosial Sewaktu Perlawanan Masih Berlangsung?

Dalam era kemajuan teknologi, lama sosial seperti Twitter dan Facebook kerap menjadi mekanisme untuk meluahkan apa sahaja dalam kadar segera kepada rakan-rakan ataupun pengikut.

Pemain bola sepak tidak terkecuali. Dalam satu perlawanan Liga Championship baru-baru ini, bekas pemain West Brom dan QPR, Peter Odemwingie menimbulkan kontroversi kerana menghantar tweet ketika perlawanan sedang berlangsung.

Ini kerana Odemwingie ada terlibat dalam perlawanan tersebut. Ia bermula apabila Peter Odemwingie dilayangkan kad merah ketika derbi Yorkshire menentang Leeds United kelmarin.

Peter dilayangkan kad merah kerana menyiku pemain Leeds, Liam Cooper pada minit 29. Odemwingie mahu orang luar tahu bahawa beliau tidak sengaja berbuat demikian.

ody4

Lantaran itu, pada rehat separuh masa, Peter mencapai telefonnya lantas menghantar tweet seperti berikut:

pet

pet2

Tamat perlawanan Odemwingie menghantar 1 lagi tweet berbunyi:

“Usaha yang luar biasa daripada rakan-rakan. Kita ada peluang untuk menyamakan kedudukan. Berbangga dengan aksi mereka yang memberikan kami harapan pada musim ini . Prestasi pada separuh masa kedua ialah kelas tertinggi.”

Pengurus Rotherham, Kenny Jackett tidak ada masalah dengan hal itu malah membaca penjelasan Odemwingie. Beliau turut bersetuju dengan pendapat Odemwingie.

“Ya, dia (Odemwingie) yang membuat sentuhan pertama. Saya tahu dia bukan pemain kotor. Dia mengangkat tanganya untuk melindungi dirinya dan terkena bek tengah lawan.”

ode

“Kita faham, pengadil terpaksa mengambil keputusan untuk melayangkan kad merah, kami terima.”

Kesimpulan

Tindakan pemain menggunakan laman sosial sewaktu perlawanan masih berlangsung perlu dikaji semula. FIFA dan IFAB perlu duduk semeja untuk membentuk dasar ini.

Ini kerana ia berisiko dengan isu-isu provokasi dan penjualan permainan.

Baca juga : 4 Sebab Bayern Munich Tidak Konsisten Musim Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN