Mauricio Pochettino Kecewa, Moussa Sissoko Hanya Indah Khabar Dari Rupa

Pengendali Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino telah menluahkan rasa kecewa beliau diatas pemain yang dibeli dengan nilai perpindahan yang mencecah nilai tertinggi dalam rekod mereka.

Beliau merasakan Sissoko hanyalah indah khabar dari rupa apabila pemain kebangsaan Perancis itu gagal untuk menghidupkan jangkaan yang diberikan kepada beliau.

Terbantut

Sehingga kini Sissoko hanya berjaya melakukan 4 penampilan bersama kelab Utara London sejak berpindah dari Newcastle United pada awal musim.

Perpindahan beliau itu ternyata kerana ingin ‘melarikan diri’ daripada Newcastle United yang tersingkir dari Premier League ke English Championship musim lalu.

Sissoko berjaya dibeli oleh Tottenham Hotspur pada hari terakhir perpindahan musim panas dengan jumlah yang menjadi rekod perpindahan termahal kelab iaitu £30 juta.

Sissoko belum lagi menemui prestasi beliau di bersama kelab barunya. Lebih malang lagi, usaha beliau untuk memperoleh prestasinya terbantut apabila menerima pergantunggan 3 perlawanan selepas menyiku Harry Arter ketika perlawanan menentang Bournemouth.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila Sissoko kini tidak lagi dimasukkan di dalam skuad utama Tottenham Hotspur.

Beliau ditinggalkan ketika pasukannya berkunjung ke Chelsea atas alasan ‘taktikal’.

Kecewa 

Pochettino sebenarnya mempunyai 2 kekecewaan terhadap Sissoko.

Pertamanya adalah kerana jangkaan yang diberikan beliau kepada pemainnya itu tidak berjaya dipenuhi.

“Bola sepak bukanlah sukan yang berdasarkan wang semata-mata.”

“Tak semestinya jika kami bayar anda dengan jumlah yang mahal. Bermakna kami perlu mainkan anda saban minggu walaupun anda beraksi teruk.”

Moussa Sissoko

Pochettino sebaliknya lebih gemar untuk memberi peluang kepada pemain lain yang beraksi dengan lebih baik berbanding Sissoko walaupun pemain tersebut lebih murah harganya.

“Dalam bola sepak apa saja yang boleh terjadi. Kita boleh bayar pemain tersebut dengan jumlah tertentu dan mengharap sesuatu daripadanya.”

“Dan jika pemain tersebut gagal memberikan persembahan sepatutnya maka beliau berhak digugurkan. Cuba lihat Vincent Janssen atau Josh Onomah. Mereka beraksi dengan baik jadi apa salahnya saya bagi lebih peluang kepada mereka?”

vincentjanssen-1

Kekecewaan kedua yang dirasai oleh Pochettino terhadap Sissoko adalah kerana komen pemain tersebut selepas pasukannya terkeluar dari UEFA Champions League.

Sissoko berkata kepada media yang Pochettino tidak melakukan apa yang patut untuk memastikan pasukan sentiasa berdaya saing dalam kejohanan elit Eropah itu.

Dan Sissoko juga berkata pasukannya lebih gemar untuk bermain Europa League berbanding UEFA Champions League.

Namun bagi Pochettino, skuadnya sebenarnya berada dalam proses yang berbeza.

“Boleh dikatakan semua pemain mempunyai minit bermain yang hampir sama musim ini. Jujur saya katakan agak sukar untuk kekalkan prestasi di Premier League dan UEFA Champions League.”

“Anda boleh lihat prestasi kami bertambah baik ketika perlawanan menentang Chelsea berbanding ketika menentang Monaco. Sukar untuk kekal berada di prestasi terbaik dalam 2 kejohanan namun kami akan ambil iktibar darinya.”

Baca juga: Analisis Taktikal EPL 2016/17: Chelsea Hentikan ‘Active Ball Playing’ Di Blok Rendah Untuk Menang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN