Bintang handalan Liverpool, Mohamed Salah tampil menjelaskan tentang sebab mengapa beliau hanya berada di kedudukan ketujuh sahaja dalam senarai pemenang anugerah Ballon D’or 2021.
Beliau percaya yang tak banyak negara dalam dunia ini yang benar-benar tahu cara sebenar untuk mengundi dan hal itu sangat menjejaskan kedudukan beliau dalam senarai pemenang.
Sejak melengkapkan perpindahannya dari AS Roma ke Anfield pada tahun 2017 yang lalu, pemain kebangsaan Mesir itu konsisten mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.
Mohamed Salah responds to Ballon d'Or conspiracy theory with "shocked" confessionhttps://t.co/e5lRQP9ygX pic.twitter.com/C0UdYKSntW
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 4, 2022
Beliau kini sudah berjaya menjaringkan 152 gol dan turut mencatatkan 57 assists dari 235 penampilan dalam semua pertandingan untuk Liverpool.
Ia merupakan satu pencapaian dan rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan dan Salah juga merupakan nadi penting sebalik kejayaan gemilang Liverpool sejak kebelakangan ini.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1499511327903125504?t=x7O1e71vOdxERS7k9asP1Q&s=19
Bukan hanya pemain berusia 29 tahun itu berjaya menjaringkan 31 gol dan mencatatkan enam assists musim lalu, namun beliau juga konsisten untuk pamer aksi lebih dasyat pada musim ini.
Walau bagaimanapun, hal itu sama sekali tidak membantu untuk beliau berada di kedudukan yang lebih baik dalam carta senarai pemenang anugerah Ballon D’or.
Hal itu benar-benar mengejutkan ramai peminat, termasuk diri Mohamed Salah sendiri kerana melihat beliau sekadar berada di kedudukan ketujuh sahaja.
Mengenang semula keputusan anugerah Ballon D’or 2021, pemain kebangsaan Mesir itu menyuarakan kekecewaan beliau dengan menyatakan yang berkemungkinan ada undian kurang tepat yang dilakukan oleh pengundi.
Bercakap kepada Liverpool Echo, Salah menjelaskan bahawa:
“Keputusan Ballon D’or agak mengejutkan saya. Saya tak banyak untuk kata tentang itu, tapi memang tak ada sesiapa jangka saya akan berada di kedudukan ketujuh tahun lalu, tapi itulah apa yang berlaku.”
Mohamed Salah can't believe he finished seventh in the Ballon d'Or rankings 😱 pic.twitter.com/ND4UxxaUQf
— GOAL (@goal) March 3, 2022
Walaupun beliau agak kecewa dengan keputusan tersebut, namun Salah menolak untuk percaya yang ada konspirasi yang mahu menjatuhkan dirinya.
Salah lebih yakin yang ada kesilapan dari pengundi yang tak pandai mengundi dan itulah punca mengapa beliau berada di kedudukan yang teruk.
“Saya tak fikir ada teori konspirasi atau apa-apa, tapi mungkin ada pilihan yang tak tepat dan memang ada banyak negara yang tak tahu bagaimana untuk mengundi. Saya tak ada apa-apa untuk buktikan yang ada masalah tentang itu. Saya betul-betul tak tahu, tapi saya memang terkejut dengan keputusan tu.”
Pemain berusia 29 tahun itu merupakan pendahulu carta calon pemenang kasut emas Premier League musim ini, dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 19 gol dari 24 penampilan setakat ini.
Beliau juga sudah berjaya mencatatkan 10 assists dalam saingan Premier League musim ini, menjadikan beliau sebagai pemain paling banyak catat assists bersama Trent Alexander Arnold dalam saingan liga setakat ini.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1499511327903125504?t=lw7XxRF0rWnIaZNS49KFlw&s=19
Mohamed Salah berpotensi untuk memenangi anugerah Ballon D’or 2022
Pemain penyerang Liverpool itu sememangnya agak lantang dalam menyuarakan keinginan beliau untuk memenangi anugerah tersebut sebelum bersara.
Ramai yang percaya Salah antara pemain paling layak dan berpotensi untuk memenangi anugerah tersebut berdasarkan persembahan yang beliau persembahkan.
Bintang kebangsaan Mesir itu sudah berjaya menjaringkan 27 gol dan mencatatkan 10 assists dari 32 perlawanan sepanjang musim ini.
Melihat kepada rekod beliau pada musim ini, jelas sekali tidak ada mana-mana pemain yang berada di tahap persembahan terbaik seperti bekas bintang AS Roma itu pada ketika ini.
https://twitter.com/fcsalah11/status/1499408522265739266?t=8DCj70eIEPwo_GM94_7udw&s=19
Seandainya beliau mampu konsisten dan membantu Liverpool untuk setidak-tidaknya memenangi gelaran Premier League atau Champions League, jelas sekali Salah antara calon terbaik untuk bawa pulang bola emas itu.
Walau bagaimanapun, seandainya Robert Lewandowski berjaya membawa Bayern Munich untuk menjuarai saingan Champions League musim ini, berkemungkinan besar beliaulah yang akan memenangi anugerah tersebut nanti.