‘Mengejutkan!’ – England Sebenarnya Masih Berpeluang Untuk Julang Piala Dunia 2022

Peminat bola sepak seluruh dunia terkejut beruk selepas mengetahui yang England sebenarnya masih berkesempatan untuk menjulang gelaran Piala Dunia pada tahun ini.

Skuad The Three Lions tersingkir dari saingan Piala Dunia selepas kekalahan 2-1 mereka di tangan Perancis di peringkat suku akhir.

Gol jaringan Aurelien Tchoumeni dan Olivier Giroud sudah cukup untuk membantu Perancis mencatatkan kemenangan 2-1 bertemu England.

Kegagalan Harry Kane menyempurnakan sepakan penalti pada hujung-hujung aksi babak kedua juga menjadi punca mengapa England gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Perancis berjaya layak ke aksi perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Maghribi 2-0 di peringkat separuh akhir kemarin.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu bakal turun beraksi bertemu Argentina di pentas perlawanan akhir selepas anak-anak buah Lionel Scaloni itu menewaskan Croatia di peringkat separuh akhir.

Ketika para penyokong England sudah mula untuk menerima kenyataan yang impian mereka untuk melihat skuad The Three Lions menjulang gelaran Piala Dunia di Qatar sudah berakhir, ada seorang peminat yang tampil memberi harapan baru kepada mereka.

Peminat tersebut mendedahkan yang England sebenarnya masih berpotensi untuk menjuarai gelaran Piala Dunia pada tahun ini walau mereka tidak beraksi di pentas perlawanan akhir.

Pengguna twitter yang bernama Adam Devlin itu mendedahkan bahawa:

“Guys, ia masih belum berakhir lagi. Jika 4 pemain Croatia dan Maghribi dilayangkan kad merah hari ini, perlawanan itu tidak boleh diteruskan lagi, jadi ia dianggap terbatal terus.”

“Dengar penjelasan saya di sini… jika hal sama berlaku dalam aksi perlawanan akhir, Piala akan diserahkan kepada pasukan yang beraksi di pentas suku akhir dengan rekod disiplin terbaik.”

Rata-rata penyokong tidak percaya hal seperti itu bakal berlaku, namun ada juga antara mereka yang percaya tiada yang mustahil dalam dunia bola sepak.

“Maksudnya kita masih ada peluang, walau ia sangat tipis, namun ia tetap kesempatan untuk kita.”

“Ia (Bola Sepak) akan kembali ke rumah.”

“Jika ia benar-benar berlaku, ia memang sangat gila. England masih mampu cipta sejarah.”

Nampak macam tak masuk akal bukan? tapi tak mustahil untuk berlaku kan? bagi lah peluang dekat penyokong England untuk rasa gembira sekejap.

Artikel ini ditulis bukan kerana percaya hal ini akan berlaku, namun sekadar nak peminat tahu yang sesebuah perlawanan itu akan dibatalkan andai empat pemain dari setiap pasukan dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.

Perancis ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk menjadi pasukan kedua selepas Brazil yang mampu menjulang dua gelaran Piala Dunia secara berturut-turut.

Argentina sementara itu turut sedang dalam usaha mereka untuk menjulang gelaran Piala Dunia pada tahun ini dengan para pemain akan sanggup lakukan apa sahaja demi untuk melihat Messi mengakhiri kariernya dengan memiliki Piala teragung dalam dunia bola sepak itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN