Aguero Kembali Sertai Sesi Latihan Bersama Argentina Dan Turut Jaringkan Gol Yang Dasyat

Sergio Aguero kembali menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan Argentina dan beliau turut berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat.

Bukan hanya menjaringkan gol, Aguero bahkan turut berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti ketika terlibat dengan sesi latihan tersebut.

Legenda Manchester City itu menyertai sesi latihan bersama skuad Argentina menjelang aksi perlawanan akhir saingan Piala Dunia bertemu Perancis.

Bekas bintang Argentina yang kini berusia 34 tahun itu secara rasminya telah mengumumkan persaraan beliau dari dunia bola sepak selepas beliau disahkan menghidap masalah jantung pada tahun lalu.

Sebulan selepas beliau mengumumkan persaraannya, Aguero dikatakan bakal dilantik menjadi salah seorang jurulatih skuad kebangsaan Argentina.

Aguero walau bagaimanapun menolak untuk menerima tawaran tersebut dan beliau menikmati hari-hari persaraannya tanpa terlibat dengan dunia bola sepak secara profesional.

“Undangan untuk menjadi jurulatih Argentina memang ada. Saya bercakap dengan Chiqui (Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina) dan saya sudah jelaskan kepada dia tentang hasrat saya yang mahu menikmati masa terluang yang saya ada sekarang.”

Jelas Aguero kepada ESPN.

“Saya akan tetap ke Qatar, tapi sebagai penyokong sahaja.”

Aguero memulakan perjalanan beliau di Qatar dengan agak mengecewakan selepas beliau terpaksa menaikki pesawat yang dipenuhi dengan penyokong-penyokong Brazil.

Beliau kemudiannya tidak dibenarkan untuk masuk ke padang kerana tiada permohonan rasmi dari persatuan bola sepak negaranya.

Aguero kemudiannya menghentam persatuan Bola Sepak Argentina kerana beliau disekat dan usahanya itu membuahkan hasil selepas beliau dibenarkan untuk masuk dan berada di padang bersama pemain.

Beliau bahkan turut menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan Argentina di padang latihan Universiti Qatar.

Kem Argentina sekadar melakukan latihan ringan sahaja dek kerana mereka sedang dalam persiapan untuk aksi perlawanan akhir hujung minggu ini.

Beliau turut menunjukkan bakatnya sebagai penjaga gol selepas beliau menyelamatkan sepakan penalti dari rakan senegaranya.

Selain itu, Aguero turut berjaya menjaringkan gol yang sungguh dasyat ketika terlibat dengan sesi latihan bersama para pemain.

Aguero jelas sekali antara penyokong paling tegar Argentina di Qatar dengan beliau turut berlari masuk ke padang selepas kejayaan Argentina menewaskan Croatia di peringkat separuh akhir.

Lionel Messi sendiri juga dilihat sangat gembira ketika beliau melihat Aguero berlari masuk ke padang untuk meraikan kejayaan mereka masuk ke perlawanan akhir.

Bekas bintang Manchester City itu juga bahkan turut menyampaikan anugerah pemain terbaik perlawanan kepada Lionel Messi selepas tamat perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN