5 Sebab Mengapa Real Madrid Teruk Pada 2015

Dua bulan lepas, Real Madrid memenangi 22 perlawanan berturut-turut. Mereka menjuarai Club World Championship dengan mudah. Mereka nampak berada di trek yang betul untuk memperbaiki satu-satunya aspek kelemahan mereka pada musim lepas: konsistensi.

Bagaimanapun sebaik sahaja kalender 2015 dibuka, rekod Real Madrid segera lebur dengan kekalahan 2-1 kepada Valencia. Tidak cukup dengan itu, mereka terkeluar dari saingan Copa del Rey selepas tewas kepada Atletico Madrid – kemudian tewas 4-0 kepada anak buah Diego Simeone sebulan berikutnya. Kemudian mereka seri 1-1 dengan Villareal, diikuti dengan kekalahan 1-0 kepada Athletic Bilbao. Mereka jatuh ke tangga ke-2 La Liga, di belakang Barcelona.

Dengan ura-ura Carlo Ancelotti bakal dipecat, pemain-pemain diejek penyokong sendiri, 2015 mungkin bukan tahun kegemaran penyokong Real Madrid. Sekurang-kurangnya hingga ketika ini. Tetapi soalan yang berlegar-legar di kepala peminat bola sepak adalah: bagaimana prestasi Real Madrid merudum teruk pada 2015?

1. Kecederaan pemain utama

Dengan Pepe baru kembali selepas sebulan kerana kecederaan tulang rusuk dan Sergio Ramos selepas kecederaan hamstring pada Februari, barisan pertahanan Real Madrid sentiasa bertukar-tukar.

Di bahagian tengah, James Rodriguez sedang menjalani pemulihan selepas patah kaki selepas perlawanan menentang Sevilla pada awal Februari. Tetapi kehilangan besar Real Madrid adalah Luka Modric yang cedera selepas bermain bersama skuad kebangsaan Croatia pada November 2014.

Tetapi ini adalah Real Madrid! Barisan simpanan mereka sahaja boleh menjadi pemain utama pasukan lain pada ketika ini. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Modric ketika ini diisi oleh Asier Illaramendi. Selain itu, mereka mempunyai Isco, pemain kegemaran Madridista. Jika itu masih tidak cukup, Real Madrid membeli Lucas Silva, seorang lagi pemain tengah Brazil yang berusia 22 tahun.

Lucas-Silva-signs-for-Real-Madrid

2. Gareth Bale perlu digugurkan?

Bermula dengan insiden Bale yang tidak memberi hantaran kepada Ronaldo dalam kemenangan 3-0 ke atas Espanyol, persembahan Bale mula dikaji secara mendalam oleh pundit TV.

1386969-29735764-1600-900

Isunya adalah: dua penyerang bintang bermain di pasukan yang sama. Siapa yang perlu menjaringkan gol dan siapa yang perlu membuat hantaran.

Hingga perlawanan awal pagi tadi, Bale sudah tidak menjaringkan gol dan melakukan hantaran gol sebanyak 9 perlawanan berturut-turut. Penyokong Real Madrid mahu Bale digugurkan tetapi Carlo Ancelotti masih menaruh 100% kepercayaan kepada Bale – seperti yang dilakukan oleh jurulatih bagus  ketika pemain bintangnya mengalami krisis keyakinan.

Pundit Sky Sport, Thierry Henry memahami situasi Bale ketika ini dengan berkata:

Saya tak tahu jika dia (Bale) cuba membuktikan sesuatu tetapi apabila kita bermain dengan pemain bintang, kita perlu memberi bola kepada mereka. Saya terpaksa melakukannya semasa saya bermain bersama Sonny Anderson (di Monaco) dan dia akan marah saya jika saya tidak memberi bola kepadanya.

Dalam perlawanan menentang Athletic Bilbao, dia cuba membuat hantaran gol kepada Ronaldo dan semasa menentang Deportivo juga sama. Dia melakukan hantaran seperti untuk menghentikan kritikan orang. Bukannya kerana dia PERLU membuat hantaran. Kita semua pernah berada dalam situasi di mana kita perlu memberi bola kepada pemain bintang, tetapi kena berpada-pada juga. Tengok pada situasi semasa perlawanan.

3. Sayap kiri Real Madrid terdedah kepada bahaya

Di atas kertas, Real Madrid mungkin disusun mengikut formasi 4-3-3 dengan Cristiano Ronaldo di sayap kiri, Gareth Bale di sayap kanan dan Karim Benzema di tengah. Tetapi secara asasnya, Ronaldo adalah seorang penyerang – seperti Benzema – yang mempunyai tugas defensif yang minimum. Bezanya, Ronaldo berlegar-legar di sayap kiri ketika Real Madrid kehilangan bola.

Real Madrid - Football tactics and formations

Ketika Real Madrid kehilangan bola dan perlu bertahan, mereka kelihatan seperti 4-4-2 pula dengan Bale atau James Rodriguez melakukan kerja defensif sebagai pemain sayap kanan dan Isco ditolak ke sayap kiri untuk melindungi sayap kiri Madrid.

Real Madrid - Football tactics and formations

Untuk memberi masalah kepada Real Madrid, pasukan lawan akan memastikan mereka mempunyai kelebihan 3v2 pemain di zon kiri Madrid. Schalke melakukannya awal pagi tadi dengan Leroy Sane, Trainquilo Barnetta/Atsuto Uchida dan Leon Goretzka/Marco Hoger.

a

Atletico Bilbao melakukannya dengan Andoni Iraola, Rico Moreno dan Oscar de Marcos.

b

4. Casillas perlu digugurkan?

Mungkin inilah sebabnya Jose Mourinho menggugurkan Iker Casillas dan meletakkan kepercayaan kepada Diego Lopez. Iker Casillas mempunyai karier panjang yang penuh dengan trofi bersama Real Madrid dan Sepanyol tetapi masanya tampak sudah berakhir.

download

Beliau bukan lagi penjaga gol yang mendatangkan rasa keyakinan kepada pertahanan di hadapannya. Lihat reaksi Rapahael Varane kepada Casillas semasa Schalke 04 menjaringkan gol ketiga. Itu adalah reaksi pertahanan yang kecewa dengan refleks penjaga golnya. Dalam perlawanan tersebut, Casillas bersalah dalam 3 gol pertama Schalke 04.

Tetapi perlukah beliau digugurkan untuk Keylor Navas? Ini membawa kepada point seterusnya…

5. Panik penyokong berjangkit ke pemain

Bermain di kelab besar, pemain-pemain adalah mangsa jangkaan media, penyokong, pemain dan pengurusan kelab sendiri atau dipanggil ‘victim of expectation’. Bagi kami, penurunan prestasi adalah normal bagi setiap pasukan bola sepak – walaupun pasukan besar – dan apa yang penting bagi Real Madrid adalah bangkit semula selepas penurunan prestasi ini.

Penggiliran pemain penting untuk memastikan pasukan sentiasa haus dengan kejayaan. Pemain muda sentiasa mahu membuktikan kemampuan mereka setaraf pemain bintang manakala pemain bintang mahu memastikan status bintang mereka kekal.

Baru 9 perlawanan Gareth Bale gagal memberi sumbangan kepada gol Real Madrid, sudah ada suara panik yang mahu beliau digugurkan. Di Real Madrid, Benzema pernah mengalami situasi tersebut. Zinedine Zidane, Ronaldo (Brazil) dan Raul juga sama. Akhirnya mereka berjaya mengatasi krisis keyakinan mereka dengan syarat: pengurus pasukan terus meletakkan kepercayaan kepada  mereka.

giphy

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN