Salah satu sebab mengapa bola sepak lelaki sukar menerima arahan wanita adalah – kerana bola sepak wanita itu sendiri sangat berlainan dengan bola sepak lelaki.
Kenyataan ini kedengaran misoginistik. Tetapi kenyataan ini sudah dibuktikan dalam satu kajian Dr Paul Bradley dari University of Sunderland. Kajian ini boleh dibaca dalam jurnal Human Movement Science.
Kajian ini mendapati pemain bola sepak lelaki berlari 30% lebih jauh dan lebih lama dari pemain bola sepak wanita terutamanya pemain bek kiri kanan, sayap dan tengah.
Secara purata, seorang pemain sayap dalam bola sepak lelaki berlari sejauh 10.2 km selama 90 minit. Ini bermakna pemain bola sepak wanita hanya mampu berlari sejauh 7.14 km sahaja selama 90 minit.
Dalam bola sepak, 3 km yang ditinggalkan oleh pemain sayap bermakna ruang untuk pemain bek lawan untuk mencipta situasi 2v1 di kawasan berbahaya.
===================================================
Jadi jika lelaki bermain lebih bagus, mengapa perlu ambil manager wanita?
===================================================
Ada sebab mengapa pemain hebat tak semestinya akan menjadi manager yang hebat. Anda boleh tanya Graeme Souness, Kevin Keegan, Hristo Stoichkov, David Platt, Roy Keane, Bryan Robson, Rudi Voeller dan jangan lupa Ryan Giggs.
Pemain yang hebat terikat dengan falsafah dan metodologi yang pernah membuatnya berjaya dahulu. I mean, why change if it was successful?
Pemain yang tak hebat pula lebih terbuka dalam falsafah dan metodologinya. Mereka lebih terbuka menerima idea staf bawahan. Mereka lebih berani mencuba sesuatu yang baru.
I mean they were once mediocre players so they HAVE to accept any constructive ideas from ANYONE.
==========================================
Apa contoh manager yang asalnya bukan pemain yang bagus?
==========================================
Manager yang hebat seperti Aarigo Sacchi, Andre Villas Boas (zaman Porto), Arsene Wenger, Jose Mourinho, Carlos Alberto Parreira, Bill Struth, Sir Alex Ferguson dan Brendan Rodgers – semuanya merupakan pemain amatur dan professional di kelab tak ternama.
Siapa yang boleh lupakan kata-kata Aarigo Sacchi “I never realised that in order to become a jockey you have to have been a horse first”. Dan siapa pula tahu yang Aarigo Sacchi sebenarnya seorang tukang kasut sebelum mengambil alih AC Milan?
Jurulatih lari pecut lagenda Jamaica, Stephen Francis yang melatih berpuluh-puluh pelari pecut Jamaica yang memenangi pingat emas Olimpik, World ATF dan memegang rekod dunia – hanyalah seorang pemotong rumput.
Tidak mustahil akan muncul wanita dalam senarai jurulatih-jurulatih hebat ini.
Senang kata, manager yang bagus hanya perlu menjadi manager yang bagus. Mereka tidak perlu menjadi pemain yang bagus.
Sir Ken Robinson pernah memberitahu mengapa wanita boleh menjadi manager yang bagus – kerana wanita lebih bagus dalam kerja multitasking.
Baca: Bolehkah Wanita Menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Lelaki?
Dalam otak wanita, corpus collosum mereka lebih tebal berbanding lelaki. Corpus collosum adalah jambatan yang menghubungkan hemisfera otak kanan dengan hemisfera otak kiri. Itulah sebabnya ibu kita boleh memasak makanan tengahari sambil membasuh kain, menjaga bayi, mengemas rumah, membuat bisnes jual tupperware dan menonton Wanita Hari Ini.
Sedangkan lelaki mahu menggoreng telur pun ditutupnya pintu dapur supaya tidak dikacau.
Apa yang wanita perlukan adalah peluang untuk bersinar dalam dunia bola sepak lelaki.
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.