Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Program Mencari Ramli Musim Ke-6

Mencari Ramli kembali lagi untuk musim ke-6 selepas 5 musim ia dilangsungkan.

Bagi yang belum lagi mengetahui apa itu program Mencari Ramli, ia merupakan program mencungkil bakat-bakat muda di seluruh negara untuk dibawa ke tahap yang lebih tinggi.

Pasti ada yang pernah terfikir bukan kenapa nama Ramli yang digunakan?

Ia merujuk kepada 3 kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Nama ‘Ram’ merujuk kepada kaum India dan ‘Li’ merujuk kepada kaum Cina. Sementara gabungan nama ‘Ram’ dan ‘Li’ yang menjadi Ramli mewakili kaum Melayu.

Pencari bermula!

Pencarian bermula untuk program Mencari Ramli musim ke-6 dengan uji bakat akan dibuka di seluruh negara.

Pencarian yang bermula pada akhir Januari ini akan berakhir pada akhir bulan April dan akan dilangsungkan di 12 lokasi:

  • Padang Negeri Sembilan, Seremban (21 & 22 Januari 2017)
  • Padang MP Kuantan, Kuantan (4 & 5 Februari 2017)
  • Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak (10 & 11 Februari 2017)
  • Padang Perdana, Kota Bharu (17 & 18 Februari 2017)
  • Stadium Hang Tuah, Melaka (25 & 26 Februari 2017)
  • SMK Tinggi Batu Pahat, Johor (3 & 4 Mac 2017)
  • Padang Ipoh, Perak (11 & 12 Mac 2017)
  • SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang (18 & 19 Mac 2017)
  • SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Star (31 Mac & 1 April 2017)
  • SMK Tabuan Jaya, Kuching (8 & 9 April 2017)
  • Kompleks Belia & Sukan Likas, Kota Kinabalu (15 & 16 April 2017)
  • Stadium Mini, Kompleks Sukan UPM (22 & 23 April 2017)

Apa perlu buat?

Sebelum anda mendaftarkan diri anda untuk ke program Mencari Ramli 6, anda perlu mendaftarkan butir-butir peribadi secara atas talian di sini.

Selepas daftar, anda perlu cetak borang terbabit untuk dibawa ke tempat uji bakat.

Apa ganjarannya?

Hadiah menarik menanti para pemenang Mencari Ramli musim ke-6.

Antaranya seperti tajaan sepenuhnya kos untuk terbang ke Manchester, England. Dan selain itu, mereka mempunyai peluang untuk bertemu serta beramah mesra dengan para pemain Manchester United dan mempelajari teknik bola sepak daripada mereka.

Dan yang terakhir adalah peluang untuk belajar teknik bola sepak dari Manchester United Soccer School cawangan United Kingdom.

Jangan lupa untuk sertai program Mencari Ramli musim ke-6. Ajak adik-adik atau anak-anak anda yang berbakat bermain dalam bola sepak untuk menyertai uji bakat ini.

Mana tahu mereka akan menjadi pemain berpotensi tinggi seperti pemenang-pemenang lalu iaitu Adam Nor Azlin atau pun Faisal Halim? Semoga berjaya!

Baca juga: Karim Benzema Bantu Real Madrid Atasi Rekod Barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN