Faiz Subri Bakal Diberikan Penghargaan Dari Sultan Kedah Hasil Kemenangan Anugerah Puskas

Faiz Subri

Faiz Subri bakal diberikan ganjaran dari Sultan Kedah.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah nasib Faiz Subri kini, beliau kini merupakan pemain bola sepak di negara ini yang paling mendapat perhatian sekarang.

Mana tidaknya, beliau merupakan pemenang Anugerah Puskas di FIFA Best Football Awards yang dilangsungkan di Zurich, Switzerland.

Gol beliau berjaya menewaskan 2 lagi calon dengan undian majoriti sebanyak lebih 50% undi.

Durian runtuh

Kemenangan Faiz cukup membanggakan seluruh rakyat Malaysia termasukalah pasukannya – Pulau Pinang.

Kerajaan Pulau Pinang berkata mereka mahu memberikan ganjaran kepada Faiz sebanyak RM 50 ribu sebagai penghargaan kerana berjaya memenangi Anugerah Puskas sebagai anak Malaysia dan Asia yang petama memenangi anugerah tersebut.

Selain itu juga, negeri kelahiran Faiz iaitu Kedah juga menyaksikan mereka bakal memberikan penghargaan kepada Faiz.

Kali ini menerusi insitusi diraja di Kedah. Sultan Kedah dijangka akan memberikan penghargaan kepada Faiz kerana pencapaian mengagumkan beliau.

Hal ini disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika majlis pelancaran jersi terbaharu pasukan Kedah untuk musim 2017 yang berlangsung di Dewan Gemilang, Jitra.

Perkara itu akan dilakukan semasa hari keputeraan Sultan Kedah yang jatuh pada 15 Januari 2017.

Ia boleh dikatakan merupakan penghargaan paling tinggi yang bakal diterima oleh Faiz sejak bergelar pemenang Anugerah Puskas tempoh hari.

Lancar jersi baharu

Dalam masa yang sama, jersi terbaharu Kedah juga telah dirasmikan untuk musim 2017 dengan AL Sports sebagai penaja untuk jersi mereka musim ini menggantikan Warrix.

Jersi utama mengenakan warna rasmi Kedah iaitu hijau dan kuning dengan warna kuning sebagai warna premier kepada jersi tersebut.

Jersi kedua menyaksikan warna merah dijadikan sebagai pilihan sementara warna kelabu pula menjadi pilihan untuk jersi ketiga pasukan johan Piala Malaysia 2016 tersebut.

Pemain import terbaharu Kedah, Zachary Anderson yang memakai jersi utama Kedah musim ini.

Baca juga: Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Program Mencari Ramli Musim Ke-6

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN