McMenemy Mahu Anak Buahnya Kuatkan Mental, Dedah Tujuan Sebenar Jadi Jurulatih Indonesia

Sehari sebelum berlangsungnya perlawanan pembukaan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 di antara Indonesia dan Malaysia, kedua-dua pasukan telah menghadiri sidang media bersama wartawan.

Dalam sidang media berkenaan, jurulatih pasukan Indonesia, Simon McMenemy menjelaskan terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi keputusan perlawanan.

Salah satu daripadanya adalah mengenai persediaan mental pemainnya untuk menghadapi perlawanan yang akan berlangsung malam ini.

Perkara ini timbul selepas beliau disoal wartawan sama ada pemain Indonesia terkesan dengan perang psikologi yang dimainkan oleh pihak media kedua-dua negara..

McMenemy mengakui bahawa sebenarnya dirinya sendiri tidak suka untuk menggunakan bahasa psikologi bagi menggambarkan keadaan pemainnya.

“Sepertinya ada ‘syaitan’ yang perlu kami kawal dalam diri kami.” kata beliau kepada pihak media.

“Tetapi ini lebih kepada mental. Mungkin satu masa nanti akan ada kegugupan di antara kedua-dua negara ini kerana kerap bertemu,”

“Sepanjang tempoh latihan, kami sudah selalu berpesan kepada pemain supaya sentiasa fokus, kami sudah ada perancangan. Jadi, fokus sahaja kepada perancangan yang sudah dijelaskan bagaimana kami akan menyerang dan bertahan.”

Dalam sidang media itu juga, Simon McMenemy turut mendedahkan matlamat utama beliau sejurus dilantik menjadi jurulatih Indonesia.

“Sejujurnya tujuan saya menjadi jurulatih Indonesia adalah untuk meningkatkan kecintaan penyokong terhadap bola sepak Indonesia.

Menurut beliau lagi, kempen Kelayakan Paiala Dunia 2022 zon Asia ini menjadi platform terbaik untuk menjayakan tujuan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN