Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Jika Anda Pernah Bermimpi Untuk Memiliki 4 Kelab Terkemuka Eropah, Anda Wajib Baca Artikel Ini

Rakyat Malaysia dilihat sangat meminati kelab bola sepak ternama di Eropah. Sudah tentu, EPL mendapat tempat paling utama di kalangan hati para peminat. Tahukah anda, peminat pun sebenarnya boleh menjadi pemilik kelab bola sepak tersebut.

Bayangkan bila anda boleh tukar status di social media kepada “Pemilik Kelab Bola Sepak XY”, tidakkah itu satu kebanggaan? Sebenarnya kita boleh menjadi pemilik organisasi syarikat atau kelab dengan cara membeli pegangan saham, tidak terbatas berapa unit sekali pun.

Kita sedia maklum, setiap kelab perlu mempunyai mekanisme mereka sendiri untuk mendapatkan dana. Antara cara mereka mendapatkan dana mengembangkan pasukan adalah menyenaraikan kelab di pasaran saham.
Ada juga kelab yang menjual saham mereka secara direct kepada orang awam tanpa melalui ‘exchange market’. Asalkan ianya membawa kebaikan , ia patut dipandang positif.
Ini senarai 4 kelab yang anda boleh miliki dengan syarat, sudah mempunyai akaun saham global.

#1 – Manchester United, MANU

Kelab yang terkenal dengan zaman kegemilangan Class of 92’s ini dinilai kadar harga $2.87 billion dan didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE). Walaupun bergelut dari masalah prestasi kelab, Manchester United masih lagi menjadi pilihan pelabur.
Analisa secara menunjukkan harga saham MANUTD boleh turun lebih rendah dan berlegar di kawasan $16.91 – $27.7

Beberapa tahun lepas, kita menyaksikan kegemilangan ManUtd sewaktu dilatih di bawah Sir Alex Ferguson. Harapan mereka pada musim ini sudah tentu pada line up baru yang diuruskan oleh Ole Solkajaer.

#2 – Juventus, JUVE

Juventus, nama kelab bola sepak yang tidak asing lagi dengan pemain pemain ternama. Terkini, barisan kesebelasan mereka pun sangat menggerunkan ditambah dengan kehadiran Cristiano Ronaldo menguatkan jentera serangan. Juve telah mengapungkan saham mereka di pasaran Borsa Italiana.

Musim ini pastinya lebih meriah buat Serie A berikutan rival mereka Intermilan juga sibuk memperkuatkan skuad dikendalikan oleh Antonio Conte. Berdasarkan analisa teknikal, harga saham Juventus akan berlegar sekitar €0.8915 – €1.813.

Juventus kini bernilai lebih €1.59 juta. Ditambah lagi dengan pengurusan kelab yang bagus, tidak mustahil jika saham kelab ini boleh melambung lebih tinggi pada masa akan datang.

#3 – Roma, ASR

Selain Juventus, seteru mereka iaitu AS Roma juga didagangkan di pasaran saham Itali. AS Roma, kelab Francesco Totti ini bernilai lebih dari €321 juta market capitalization yang lebih kecil berbanding Juventus.

Saham AS Roma dilihat tidak begitu memberangsangkan dan berlegar sekitar €0.51-€0.69 sahaja. Perlu diingatkan juga, jika ada perubahan tertentu dalam kelab, pastinya harga saham Roma berpotensi untuk naik.

#4 – Borussia Dortmund, BVB

Sebuah lagi kelab bola sepak ternama yang didagangkan di pasaran saham Germany dan dilihat sebagai kelab yang paling valuable di kalangan pelabur dari sudut pulangan pelaburan. Dortmund dinilai lebih dari €906 juta, saham kelab bola sepak yang konsisten prestasinya.

Jika kita kerap mendengar nama Marco Reus, Jordan Sancho, Paco Alcacer, mereka sebahagian daripada skuad utama Dortmund musim ini. Dortmund sudah kita tahu mereka ini kilang menghasikan pemain world class dan bakal dijual dengan harga yang mahal kepada kelab kaya di luar sana.
Dengan kesetiaan peminat tidak berbelah bahagi, tidak hairanlah Dortmund selalu beraksi dengan baik sama ada di atas padang atau pun dari sudut pelaburan.

Sebenarnya ada lagi kelab di luar sana yang mengapungkan saham mereka seperti Big Three Club di Turki, Lazio dan sebagainya. Sebagai peminat mahupun pelabur, kita boleh memulakan sokongan dengan menjadi sebahagian dari pemilikan kelab.

Jadi berdasarkan 4 kelab di atas, yang mana satu pilihan anda? Artikel ini sekadar analisa dan pendapat persendirian penulis selaku peminat bolasepak.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana 8 pemain bola sepak ternama ini menguruskan kewangan mereka, boleh terus klik di bawah.

8 Pemain Bola Sepak Dunia Yang Genius Dalam Menguruskan Kewangan Mereka

Investor.my juga mengadakan giveaway buku-buku pelaburan dan perniagaan yang menarik untuk dibaca oleh anda. Sekiranya anda berminat boleh terus ke artikel ini (klik) untuk sertai giveaway tersebut.